Anak ini alami cerebral palsy, retak tempurung kepala dan pendarahan otak akibat didera pengasuh taska

No Image Caption
A
A
A

SEORANG bayi yang dilahirkan normal kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Si kecil malang itu disahkan menghidap cerebral palsy selepas dua tahun bertarung untuk pulih.

Lebih memilukan, pengasuh yang menganiaya anak tersebut hanya dikenakan hukuman denda RM45,000 dan perintah khidmat masyarakat selama 180 jam sahaja oleh Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu pada 16 Disember 2024.

Ibu bapa kepada Ahmad Aysar Wildan akan membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk memberikan hukuman lebih setimpal kepada pengasuh anaknya.

Bukan sedikit kesan yang perlu ditanggung oleh anak kecil ini. Bukti juga kelihatan jelas melalui rakaman di kamera litar tertutup bahawa pengasuh tersebut telah mendera anak ini utnuk tiga hari berturut-turut.

No Image Caption

“Pertama kali awak lahir sampailah tragedi yang terjadi pada awak, ayah umi rasa putus asa sangat-sangat. Bolehkah kami besarkan awak.

“Saat paling tak boleh diterima apabila pertama kali kami membawa awak pulang ke rumah selepas rawatan di hospital, awak tak boleh tidur malam kerana withdrawal syndrome. Masa tu, ayah umi sangat tertekan sampai salahkan diri kami di atas apa yang berlaku pada awak” luahan ayah kepada anak ini di akaun Tiktok miliknya baru-baru ini.

Kronologi yang berlaku pada Januari 2023 yang mana bayi kepada pasangan Dr Syamil Hadi dan Dr Ferra Ardilla yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu dihantar ke taska dalam keadaan sihat walafiat.

Pada hari ketiga, anak mereka kelihatan lemah dan kurang memberi tindak balas apabila dipanggil. Anak tersebut kemudiannya segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan mengalami retak tempurung kepala dan pendarahan otak.

Lebih menyedihkan apabila anak sekecil itu terpaksa menjalani pembedahan membuang tempurung kepala sebelah kiri yang membuatkan dirinya koma untuk beberapa ketika.

No Image Caption

Disebabkan kecederaan teruk pada bahagian otak, maka anak ini memerlukan jangka masa panjang untuk pulih dari segi fizikal, kognitif, emosi dan tingkah laku sepenuhnya.

Demi menampung kos perubatan anak, pasangan ini mengambil keputusan untuk berhijrah kerjaya ke institusi swasta.

Semoga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan sinar bahagia buat Ahmad Aysar Wildan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang