KEPADA peminat JACK ‘n JILL Roller Coaster, jenama terkemuka itu baru-baru ini memperkenalkan JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed!

Pengarah Urusan URC Snack Foods Malaysia, Maria Sarah Albert berkata, perisa unik ini merupakan hasil inspirasi gelombang Korea yang sudah popular di Malaysia.

Ia mempunyai rasa pedas menyengat bersama dengan rasa rumpai laut enak dalam gegelang ubi kentang rangup JACK ‘n JILL Roller Coaster yang popular. Perisa baharu ini bakal menjadi makanan ringan kegemaran ramai rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan hidangan Korea,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Okey, tidak terhenti setakat di situ sahaja, untuk menambahkan lagi keseronokan menikmati snek perisa baharu itu, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000 termasuk hadiah utama telefon bimbit Samsung Galaxy S Series jika anda menyertai Peraduan JACK ‘n JILL Roller Coaster K-wave Fun & Win.

Hadiah lain untuk dimenangi ialah Samsung Galaxy Tab S7 Wi-Fi, jam tangan Samsung Galaxy 4 Klasik dan 30 RM250 wang tunai. Wah! Memang menarik.

Peraduan K-wave Fun & Win sudah bermula dari 1 Februari lalu hingga 31 Mac ini. Berikut langkah mudah yang anda boleh ikuti:

Langkah 1: Beli JACK ‘n JILL Roller Coaster yang bernilai RM5 dengan sekurang-kurangnya satu perisa terbaharu Spicy Seaweed. Pastikan anda menyimpan resit pembelian.

Langkah 2: Ambil gambar mengikut kretiviti tersendiri dengan mengenakan gaya K-wave Fun Masit’-da bersama-sama gegelang ubi kentang yang diletakkan di jari peminat sejati Korea dan pek JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed.

Iklan

Langkah 3: Muat naik gambar tersebut di akaun Instagram dan Facebook anda dan pastikan anda ’tag’ kami di Facebook (URC.ROLLERCOASTER) atau Instagram JACK ‘n JILL Roller Coaster (ROLLERCOASTERMALAYSIA) serta letakkan #JACKnJILLRollerCoasterSpicySeaweed #JACKnJILLRollerCoasterMasitda

Tidak pasti bagaimana untuk menghasilkan gambar menarik anda?

Anda boleh mengikuti Alex Ho (@alex_hkf), Kasih Iris Leona (@kasihirisleona) dan Akmal Zahiruddin (@zahirzxm) di media sosial untuk melihat bagaimana mereka mengenakan gaya K-wave yang sangat menarik dan kreatif bersama JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urc.com.my.