SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, cecair sanitasi tangan semakin mendapat permintaan.

Sejajar dengan itu, jenama penjagaan diri antibakteria, Antabax menganjurkan kempen I am Back In Action #imBAXinAction bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu mencegah virus.

Pengurus Kanan Produk Antabax, Fiona Huang, program berkenaan juga mahu memberi lebih keyakinan dan perlindungan kepada rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan harian mereka dalam norma baharu.

Sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini dalam melindungi negara, #imBAXinAction akan menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, satu program imunisasi yang terbesar dalam sejarah negara menerusi pengagihan Antabax Hand Sanitizer Spray kepada individu-individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin.

“Kami juga turut bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terkemuka, KPJ Healthcare Berhad (termasuk KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Puteri dan KPJ Damansara) dalam menyokong inisiatif ini.

 

“Selain itu, semburan cecair pembasmi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Menerusi sumbangan produk-produk Antabax ini, kami berhasrat untuk menolong jutaan rakyat Malaysia yang sedang melalui masa yang mencabar ini,” katanya baru-baru ini.

Kempen I am Back In Action itu turut menampilkan penyanyi rap berhijab tempatan, Noor Ayu Fatini atau lebih dikenali sebagai Bunga. Menerusi muzik dan seni, beliau akan mendidik masyarakat umum tentang kepentingan mengamalkan prosedur operasi standard.

Sebelum pandemik ini lagi, Antabax secara aktif telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan institusi-institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen antaranya seperti kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat.

Ia antara lain mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka.

 

Iklan

#imBAXinAction
Panduan Untuk Melindungi Diri Anda:

Kerap mencuci tangan: Guna sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat atau cecair pensanitasi tangan.

Pakai pelitup muka: Pakai yang berpadanan dengan muka, menutup hidung, mulut dan dagu. Pastikan bahagian berwarna pada pelitup muka berada di bahagian luar.

Dapatkan suntikan vaksin: Ia bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Iklan

Mengamalkan penjarakan fizikal: Pastikan anda berada sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain.