Apam lenggang sedap, mudah disediakan

Untitled design (76)
Untitled design (76)
A
A
A

SEDAP dimakan untuk minum petang mahupun pada bila-bila masa yang digemari, apa kata cuba menu ringkas lagi menyelerakan ini.

Bahan-bahannya pun mudah didapati yang lazimnya sudah tersedia di dapur. Jika apam biasa perlu dikukus, uniknya apam ini lebih mudah kerana hanya dimasak menggunakan kuali.

Begitupun, sudah namanya apam, ia perlu mengambil sedikit masa untuk yisnya berkembang. Namun boleh sahaja sebelum itu pastikan masa ia hendak dimakan dan peruntukkan tempoh penyediaannya.

RESIPI APAM LENGGANG

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu kecil yis

7-8 sudu besar gula

1 cawan air

1 cawan santan pekat

1 biji telur

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali santan. Gaul rata dan perap selama 2-3 jam.

2. Masukkan santan dan gaul lagi.

3. Panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali. Ambil satu senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap.

4. Jika pakai non stick pan tak perlu gris minyak.

5. Masak dengan api perlahan. Bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua.

6. Siap. Sedap makan panas-panas.

Rasanya yang manis dan sedap hinggakan ia boleh dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: kompilasiresepi.blogspot.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca