RUANG lebih luas, stabil dan ciri keselamatan pintar dipertingkatkan.

Demikian gambaran terbaik yang boleh SinarPlus kongsikan terhadap model generasi terbaharu, Perodua Axia Serba Baharu yang dilancarkan semalam.

Selain didatangkan dengan empat varian powertrain iaitu G, X, SE dan AV, model kompak tersebut memberikan lebih penjimatan bahan api hingga 27.4 kilometer perliter dengan sistem Eco Idle.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, seramai 2,900 pelanggan dijangka akan menerima kereta yang dinantikan dalam masa terdekat.

“Sudah menjadi fokus kami untuk memaksimumkan penghantaran kepada para pelanggan dan menukar tempahan Axia generasi terdahulu kepada model Axia Serba Baharu.

Axia Serba Baharu

“Setakat ini, sebanyak 44,000 tempahan direkodkan dan Perodua dapat menyakinkan 13,600 pelanggan untuk menukar kepada model generasi baharu. Jika digabungkan dengan lebih 6,500 tempahan yang diterima sejak 31 Januari lalu, jumlah tempahan mencecah 20,100 unit,” katanya.

Baca juga Myvi, Axia, Bezza – 3 kenderaan Perodua yang terlaris di Malaysia

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Perodua Axia Serba Baharu di M Resort & Hotel Kuala Lumpur semalam.

Axia Serba Baharu

Serentak dengan itu, Perodua turut menyasarkan jualan sebanyak 5,700 unit sebulan, sekali gus menjadikannya sasaran pengeluaran tahunan model melebihi 82,000 unit.

Berikut disenaraikan ciri-ciri Perodua Axia Serba Baharu:
i) Dilengkapi ciri keselamatan Advanced Safety Assist, antaranya amaran prapelanggaran, pemantauan titik buta, kawalan pedal dan pancaran lampu tinggi secara automatik.

Axia Serba Baharuii) Trasmisi D-CVT dengan keluaran maksimum 50kW pada 6000 rpm dan maksimum tork 91Nm pada 4400 rpm.
iii) Untuk varian SE, dilengkapi butang penghidup enjin (push-start button) dan kunci tanpa wayar.

Iklan

Baca juga Perodua Myvi masih terus unggul jadi pilihan rakyat Malaysia

Axia Serba Baharu
iv) Varian AV hadir dengan paparan informasi LCD termasuk kemudahan GPS.
v) Menerima pengiktirafan empat bintang Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara.

Axia Serba Baharuvi) Pilihan warna kelabu, merah, perak, putih dan biru.

Perodua Axia Serba Baharu Varian G ditawarkan pada harga RM38,600, varian X (RM40,000), varian SE berharga RM44,000 dan varian AV RM49,500. Harga masing-masing tanpa insurans.

Iklan

Axia Serba Baharu

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.perodua.com.my/ atau kunjungi 192 cawangan jualan Perodua seluruh negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.