Ayam goreng tomyam simple pedas, menu senang wajib cuba pasti ramai yang suka

A
A
A

Ayam goreng tomyam simple pedas, menu senang wajib cuba pasti ramai yang suka

MENU ayam memang antara yang menjadi lauk pilihan untuk masyarakat kita. Ia boleh disediakan dengan pelbagai sajian dan cara masakan yang berbeza.

Ada yang masak dengan cara sup, gulai, goreng ataupun bakar. Pilih sahaja cara masakan yang mana memang memenuhi selera si pemakan.

Selain goreng dengan cara mudah, untuk sesiapa yang belum merasakan ayam goreng tomyam pedas, wajib cuba resepi ini! Mudah jer nak buatnya.

Rasanya agak sedikit masam-masak dek kerana sambal dan tomato. Ia memang sedap dimakan bersama yang tersayang.

Cubalah dengan sedikit kelainan pada menu hidangan harian anda. Mana tahu boleh menjadi menu kegemaran seisi keluarga.

Bahan-bahan;

  • Ayam 1 ekor dipotong dan dibersih
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1@2 paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai dihiris serong
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 2 cm lengkuas dipotong
  • Lobak merah (tambahan)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam dan gula (jika perlu)

Cuba juga Wajib cuba! Ayam masak asam ‘terpaling’ ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya

Cara membuatnya;

1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.

2. Gunakan minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam)

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

Cuba juga Nampak lazat! Ayam masak kicap kering versi doktor ini raih 41 ribu share wajib dicuba

5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan, biarkan ia merenih sebentar dan sedikit kering. Angkat dan siap dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca