Bagus untuk diet sihat, Munchy's Crackers Plus miliki 10 nutrien, pilihan snek yang sihat

A
A
A

MUNCHY'S Crackers Plus miliki 10 nutrien, pilihan snek yang sihat dan sememangnya bagus untuk mereka yang nak diet.

Kita tak dapat nafikan, apabila berdepan dengan tekanan masa, kita selalunya mengambil apa sahaja yang boleh dicapai untuk mengisi perut.

Ia mungkin satu penyelesaian yang pantas, tetapi untuk jangka panjang, pengambilan makanan ringan yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan.

diet

Untuk menyelesaikan masalah itu, Munchy's Malaysia memperkenalkan Munchy's Crackers Plus yang kaya dengan 10 nutrien seperti vitamin A, B1, C dan B6, kalsium, zat besi, zink, asid folik, kuprum serta selenium.

Snek itu juga bebas daripada kolesterol dan lemak trans.

BACA JUGA Ramai dah lupa macam mana nak buat biskut Mama Carey. Ini teknik paling mudah kalau mahu cuba

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rodney Wong, rata-rata penduduk di negara ini gemar makan, tetapi pengambilan makanan ringan yang tidak sihat secara kerap boleh mencetuskan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.

diet

"Oleh itu, kami di Munchy's mahu menyokong kepentingan memilih snek yang lebih sihat, bukan sahaja memenuhi cita rasa anda, tetapi juga menyediakan mikro nutrien yang diperlukan oleh badan seseorang," katanya.

Munchy's Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa iaitu Original Berkalsium Tinggi, Biji Chia Berprotein Tinggi dan Bijirin Penuh Berserat Tinggi.

Terdapat dalam dua saiz pek, anda boleh membawa biskut rangup itu ke mana-mana jua, untuk berehat bersama snek yang sihat pada bila-bila masa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca