Bahulu gebu express guna sandwich maker je, bujang pun boleh!

A
A
A

BAHULU merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya musim perayaan.

Lebih kurang dua minggu je lagi nak raya, kalau bahulu tak ada mesti rasa tak sempurna raya tahun ni, betul tak?

Jika diikutkan cara asal buat bahulu ini ramai yang anggap leceh kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.

Jangan risau, resipi yang dikongsikan hari ini sangat cepat, mudah dan sedap sama seperti bahulu yang anda selalu beli di kedai tu dengan hanya menggunakan sandwich maker dan tiga bahan mudah je.

Anda boleh cuba buat bersama keluarga hujung minggu ini.

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum

- 1 cawan gula (boleh mengikut kemanisan yang anda nak)

- 3 biji telur

Cara-cara:

1- Blend telur dan gula sehingga menjadi gebu sedikit kemudian baru masukkan tepung.

2- Panaskan sandwich maker.

bahulu

3- Sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi.

Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!

bahulu

Bahulu juga selalu dibuat sebagai hidangan petang kerana cukup mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Fb Azirah Mukhtar

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca