Baru-baru ini tular satu video house tour penduduk di rumah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. 

No Image Caption
A
A
A

Baru-baru ini tular satu video house tour penduduk di rumah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah rumahnya tidak nampak seperti rumah-rumah flat biasa. Dekorasinya juga persis hiasan kediaman kondominium!

Menerusi video yang berdurasi 3 minit di Tiktok itu, @housetourmalaysia telah menerjah seorang wanita yang dipanggil Nurul itu memberitahu beliau sudah menetap di kawasan tersebut selama 17 tahun.

"Saya dapat tawaran untuk beli (rumah itu). Sewa dulu RM124 sahaja.

"Saya beli dengan harga dengan RM35 ribu," kata beliau yang menetap di PPR Muhibbah.

No Image Caption



Rumah dengan hiasan dalaman berona biru putih dan bertemakan English Scandinavian itu berjaya mencuri perhatian bagi mereka yang menontonnya.

Malah, antara ruang yang paling digemari ramai adalah bilik airnya yang dibuat khas seperti dalam hotel.

"Saya suka kalau pergi hotel. Saya suka tengok tandas cantik-cantik. Jadi satu sumber inspirasi buat saya.

"Rajin-rajin tengok YouTube kan. So, jadilah macam ni," tambah Nurul.

No Image Caption



Akui beliau, suami seorang yang pengemas dan tidak sukakan rumah yang kotor menjadikan rumahnya kelihatan sempurna dan tersusun.

Selain bilik air, beliau juga turut membuat perubahan di bahagian dapur dengan memperluaskan lagi kawasan tersebut setelah menjadi pemilik rumah sepenuhnya.

No Image Caption



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan dan kekemasan rumah tersebut. Tidak kurang juga ada yang menyamai kreativiti Nurul seperti pempengaruh, Syamimia.

Rumah PPR di tangan yang tepat

Alhamdulilah rumah ppr ditangan org yg educated dan pembersih

Saya lebih suka buat tour rumap begini dari rumah besar2 yang sememangnya berduit. Ni baru namanya bersederhana dulu, bercantik2 kemudian

Toilet dia buat aku tercengang

@housetourmalaysia PPR kalau pandai deko pun boleh nampak macam kondo taw. Thank you Puan Nurul @ÑURUĹ QŬĘEÑ original sound - House Tour Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang