KEADAAN cuaca yang tidak menentukan sekarang membuatkan ramai mengadu batuk.

Tidak mengira usia, orang dewasa dan kanak-kanak lazim menghidap penyakit tersebut.

Sesetengah daripada kita pula mengalami gejala berpanjangan dan sukar sembuh walaupun sudah mengambil ubat.

Adakah ia petanda seseorang itu dijangkiti asma atau menghidap bronkitis?

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Menurut Healthline, asma dan bronchitis mempunyai simptom yang sama namun mempunyai punca yang berbeza.

Katanya, kedua-dua penyakit itu akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi meradang, bengkak dan menyebabkan udara sukar untuk bergerak ke dalam paru-paru.

Akibatnya, berlaku kekurangan oksigen yang keluar ke organ dan tisu.

Situasi tersebut akan membuatkan seseorang mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk dan sesak dada.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Sementara itu, MetTweetMY menerusi satu penulisan di aplikasi X berkata, bronkitis adalah peradangan pada tiub bronkial iaitu tiub pernafasan pada paru-paru.

Biasanya ia disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Sementara itu, asma merupakan suatu keadaan kronik yang menyebabkan keradangan dan penyempitan saluran pernafasan.

Baca juga: Petua hilangkan batuk anak cara orang Korea. Guna buah lai dan halia jer, kena cuba

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

“Tanda-tanda bronkitis biasanya dapat dilihat selepas selesema biasa tetapi gejala seperti batuk akan tetap berterusan.

“Pesakit juga akan mengadu ketidakselesaan dada, pengeluaran kahak dan demam serta batuk pada waktu malam,” katanya.

Baca juga: Alami simptom batuk. Kenal pasti sama ada ia selesema, alahan atau tanda jangkitan Covid-19

 

FAKTOR RISIKO

Tambah MetTweetMY, antara faktor risiko yang boleh menyebabkan bronkitis adalah asap rokok, sistem imun yang lemah dan jangkitan virus yang spesifik.

Asma pula tercetus oleh alergen, senaman atau jangkitan.

Pesakit akan mengalami nafas berbunyi dengan kesukaran bernafas.

Asma biasanya mempunyai riwayat keluarga, alergi dan penyakit atopi seperti ekzema dan resdung.

Iklan

Baca juga: Bronkitis boleh bertukar kepada radang paru-paru. Awas jika batuk berlarutan, tak sembuh-sembuh

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

“Ini bermaksud, asma adalah penyakit yang kronik dan telah pun berlaku sebelum adanya jangkitan kuman terkini,” jelasnya.

Dalam pada itu, MetTweetMY turut menjelaskan berkenaan rawatan kedua-dua penyakit tersebut juga seakan sama.

Ujarnya, rawatan nebulisasi dapat membantu membuka sumbatan paru-paru agar dapat bernafas dengan lebih senang.

“Perubatan dengan ubat radang paru-paru dan inhailer juga dapat diberikan untuk membantu mengawal gejala.

“Jika perlu, antibiotik atau antiviral akan diberikan selepas pemeriksaan yang teliti oleh pegawai perubatan,” katanya.

Baca juga: Asma: Wanita lebih berisiko maut berbanding lelaki. Kaum Hawa juga sukar nak kawal penyakit disebabkan hal ini…

Iklan
SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Walaupun tanda-tanda agak mirip, bronkitis lazimnya akan sembuh dalam beberapa hari atau minggu.

Berbeza dengan asma yang merupakan keadaan kronik dan hanya dapat diurus dengan kawalan jangka panjang menggunakan inhailer atau ubat-ubatan.

“Kedua-dua keadaan ini memberi kesan kepada sistem pernafasan tetapi mempunyai punca dan motif rawatan yang berbeza.

“Jika anda mengalami gejala yang berterusan, sila periksa dengan profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang