PENYAMPAI radio popular, DJ Lin dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pada baru-baru ini selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Lapor SinarPlus, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 48, mengalami batuk dan selesema teruk sejak lebih sebulan lalu.

Beliau bagaimanapun hanya mengambil ubat-ubatan daripada klinik tanpa membuat pemeriksaan lanjut.

DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta di Suria FM itu kemudiannya disahkan mengalami masalah bronkitis dan sinus.

Menurut Cleveland Clinic, bronkitis merupakan keradangan pada salur pernafasan.

Apabila saluran pernafasan iaitu trakea dan bronkus merengsa, ia akan membengkak dan dipenuhi dengan lendir.

“Keadaan tersebut akan menyebabkan seseorang batuk berpanjangan.

“Ia adalah simptom utama bronkitis dan boleh bertahan beberapa hari hingga beberapa minggu,” katanya.

Baca juga: Legakan batuk kering dengan gigit bunga cengkih, tip berguna untuk jemaah haji di Makkah dan kita yang sedang sakit

SUMBER Edward Jenner daripada PEXELS.

Ujar sumber tersebut, penyakit itu terbahagi kepada dua jenis iaitu akut dan kronik.

Jangkitan akut lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu.

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan untuk situasi itu.

 

Pun begitu, mereka yang sering mengalami batuk dengan lendir hampir setiap hari mungkin mengalami bronkitis kronik.

Keadaan tersebut boleh berlaku selama beberapa bulan dan kerap berulang dalam masa dua tahun berturut-turut.

Baca juga: Bila dah lebih 3 minggu batuk berkahak tak sembuh-sembuh, bawa si kecil terus jumpa doktor. Itu petanda bahaya!

SUMBER Towfiqu barbhuiya daripada PEXELS.

Siapa yang berisiko untuk dijangkiti bronkitis?

Kata Cleveland Clinic, setiap orang boleh mengalaminya.

Namun golongan berikut mempunyai risiko yang lebih tinggi. Antaranya:

1. Perokok atau berada dalam kalangan mereka yang merokok.
2. Penghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau masalah pernafasan lain.
3. Mempunyai masalah refluks asid kronik.
4. Mempunyai gangguan autoimun atau penyakit lain yang menyebabkan keradangan.
5. Berada dalam persekitaran yang tercemar seperti asap atau bahan kimia.

Baca juga:Anak demam, batuk berkahak, hingus tak hilang ikhtiar air rendaman kembang semangkuk, alternatif ubat

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Sementara itu, rujukan SinarPlus menerusi laman Mayo Clinic menjelaskan tentang simptom yang akan dialami akibat jangkitan pernafasan tersebut.

Pesakit bronkitis tidak kira akut atau kronik lazimnya menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

Iklan

1. Batuk.
2. Mengeluarkan lendir (kahak) berwarna jernih, putih, kelabu kekuningan atau hijau. Dalam keadaan tertentu, ia mungkin berbelang dengan darah.
3. Keletihan.
4. Sesak nafas.
5. Demam dan menggigil.
6. Mengalami ketidakselesaan dada.

Baca juga: Waspada jika alami 12 keadaan ini petanda sakit jantung termasuk dengkur & batuk tak henti

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

RISIKO PNEUMONIA

Tambah Mayo Clinic, seseorang yang mengalami gejala batuk lebih daripada tiga minggu, demam yang tinggi dan berdepan kesukaran untuk tidur disaran untuk segera berjumpa dengan doktor.

“Walaupun bronkitis tidak membimbangkan namun ia boleh menyebabkan seseorang berdepan masalah radang paru-paru atau pneumonia.

“Serangan yang berulang juga mungkin mengakibatkan masalah COPD,” jelas laman perubatan tersebut.

Dalam pada itu, perubahan gaya hidup dan rawatan di rumah mungkin dapat membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit berkenaan.

Iklan
SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Hello Doktor menerusi penulisannya mencadangkan beberapa langkah berikut:

1. Berhenti merokok.
2. Pakai pelitup muka jika terdedah kepada persekitaran yang tercemar khususnya apabila keluar atau membersihkan rumah.
3. Gunakan pelembap udara (humidifier). Udara yang hangat dan lembap dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan.

Walau apa pun masalah kesihatan yang kita alami, jangan ambil mudah dan biarkan ia berlarutan.

Segera berjumpa dengan doktor untuk mengelak komplikasi yang lebih buruk.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!