KETIKA jangkitan Covid-19 semakin meningkat sekarang ini, kita jadi risau apabila diserang batuk.

Hal ini kerana ia merupakan salah satu gejala Covid-19.

Pun begitu, seseorang juga boleh mengalami batuk ketika selesema atau alami alahan.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), selesema (influenza) dan Covid-19 adalah penyakit pernafasan yang berjangkit dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

batuk
SUMBER Vlada Karpovich daripada PEXELS.

“Covid-19 terjadi disebabkan oleh jangkitan dengan coronavirus (SARS-CoV-2) yang pertama kali dikenal pasti pada 2019.

“Selesema pula berpunca daripada virus selesema (virus influenza),” katanya.

batuk
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Ujar CDC, Covid-19 lebih mudah merebak berbanding selesema.

Justeru, bagaimanakah kita boleh membezakan simptom batuk akibat Covid -19 dengan batuk biasa?

Baca juga: Kes Covid-19 mula naik. Ramai dah terlupa apa nak buat, ini yang patut dilakukan jika positif

 

Lapor Healthline, satu kajian yang diterbitkan pada 2021 menyatakan, bunyi dihasilkan seseorang ketika badan tidak sihat boleh menentukan sama ada mereka menghidap Covid-19.

“Kira-kira dua pertiga daripada batuk berkait dengan Covid-19 adalah batuk kering yang tidak mengeluarkan lendir.

“Seseorang lazimnya sukar untuk berhenti batuk sebaik simptom bermula,” katanya.

Berbeza dengan ketidakselesaan yang terjadi akibat tubuh menyingkirkan bendasing, ia lazimnya akan sembuh dengan sendiri.

Baca juga:‘Tak payah peluk cium.’ Doktor ini mohon anak-anak tidak jadi penyebar Covid-19, lindungi ibu ayah 

BATUK
SUMBER Edward Jenner daripada PEXELS.

Berikut  perbezaan yang dikongsikan Healthline tentang tanda gejala yang boleh menyebabkan seseorang mengalami batuk.

  1. Covid-19
    – Bermula pada hari kedua hingga 14 hari selepas pendedahan kepada virus.
    – Mengalami demam, loya dan cirit-birit.
    – Lazimnya mengalami simptom batuk kering.
    – Mengalami gejala tambahan seperti sakit badan, keletihan dan kehilangan deria bau serta rasa.

2. Selesema
– Bermula pada hari pertama hingga keempat selepas pendedahan kepada virus.
– Biasanya mengalami demam dan batuk.
– Mengalami gejala tambahan seperti keletihan, sakit badan dan sakit kepala.

3. Alahan
– Bergantung kepada musim.
– Biasanya tidak mengalami demam, loya atau cirit-birit.
– Mengalami gejala tambahan seperti hidung berair, bersin dan sakit tekak.

Iklan

Baca juga: Hati-hati, subvarian Omicron Covid-19, HK.3 dan JN.1 dikesan di Sarawak, 10 info perlu tahu agar waspada

COVID 19
SUMBER August de Richelieu daripada PEXELS.

Walaupun batuk Covid-19 mungkin boleh dibezakan berdasarkan gejala yang dialami namun ia bukan cara tepat untuk mendiagnosis jangkitan tersebut.

Tambah Healthline, kaedah paling berkesan adalah dengan menjalani ujian saringan.

Baca juga: KKM saran individu bergejala tapi negatif Covid-19 kerja dari rumah, mohon majikan terima sijil digital HSO

SinarPlus ingin ingatkan supaya setiap daripada kita perlu meningkatkan kawalan kendiri terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah ini.

Iklan

Segera jalani pemeriksaan dan ambil langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!