Baulu celup air atau nekbat guna 3 bahan jer. Belajar buat, dah boleh buat bisnes

A
A
A

SETIAP kali menjelang Ramadan, antara kuih yang paling 'diburu' oleh kebanyakan penduduk Pantai Timur ialah nekbat.

Sesetengahnya menggelar pencuci mulut berkenaan sebagai baulu celup air.

Usahawan Nekbat Kembang Setaman, Rukiam Paimin, 60, berkata, beliau bersyukur kerana makanan tradisional tersebut masih menjadi rebutan dan menambat selera ramai.

Menjalankan perniagaan di Kemaman, Terengganu hampir 30 tahun lalu, Rukiam berkata, pada bulan Ramadan, permintaan memang meningkat secara drastik.

nekbat

"Pada hari biasa, lebih 7,000 biji nekbat terjual, kalau pada bulan puasa memang berganda-ganda," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mungkin kita membayangkan membuat nekbat satu kerja yang sukar, namun Rukiam menidakkannya.

Beritahu wanita itu, hanya tiga bahan sahaja diperlukan iaitu campuran tepung gandum dan beras serta telur ayam untuk menghasilkan kuih yang sangat enak.

 

"Ya, tiga bahan sahaja. Cara pembuatannya nampak macam susah, tetapi sebenarnya mudah. Cuma kena pandai seimbangkan kuantiti tepung dan telur supaya nekbat menjadi lembut seperti span.

"Mak cik dulu pun masa mula-mula belajar, memang cuba banyak kali. Setiap kali buat, kuih akan jadi keras. Rupa-rupanya kita kena biarkan seketika iaitu lebih kurang dua jam dalam suhu bilik agar kuih kembali menjadi lembut," katanya yang turut menjual kuih akok, baulu dan tiram.

nekbat

Apabila ditanya apa perbezaan nekbat Terengganu dan Kelantan, ibu kepada lima anak itu memberitahu, ramuan yang digunakan sahaja sedikit berbeza.

Sesetengah pembikih kuih menggunakan kuning telur, namun untuk menjadikan ia lebih premium, ada menggantikannya dengan telur itik.

Rukiam berkata, pada zaman dulu, teknik pembakaran arang dilakukan secara besar-besaran oleh para pengusaha.

nekbat

Namun, selari dengan perkembangan semasa, mereka kini beralih kepada penggunaan ketuhar industri demi memenuhi tempahan yang banyak.

"Mak cik jual RM30 untuk 100 biji untuk versi kering. Versi kering ini maksudnya mak cik hanya jual nekbat tanpa kuah.

Baca juga Kuih sawalla orang Bugis senang sangat nak buat, guna 4 bahan asas jer. Dah pandai buat, boleh jual tambah duit poket

"Selalunya pelanggan akan buat kuah sendiri daripada air gula pasir. Ada juga guna gula melaka dan susu. Ikut selera masing-masing, mana-mana pun boleh," katanya.

nekbat

Baca juga Gerenti tak masam, kek belimbing buluh wanita ini bikin ketagih nak makan selalu. Buatnya pun senang sangat

Rukiam juga menerima tempahan nekbat di luar bulan Ramadan untuk majlis keramaian atau kenduri jika permintaan melebihi 100 biji.

nekbat

RESIPI KUIH NEKBAT

Bahan-bahan

300 gram campuran tepung gandum dan beras [BELI DI SINI]

10 biji telur ayam

Pewarna kuning [BELI DI SINI]

nekbat

Cara penyediaan:

1. Sangai terlebih dahulu campuran tepung dengan api sederhana. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk.

2. Pukul telur sehingga kembang dan gebu.

nekbat3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

4. Panaskan acuan terlebih dahulu sebelum sapu dengan sedikit minyak.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam ketuhar.

nekbat

6. Pada masa sama, masak air gula menggunakan nisbah satu nekbat dua sudu.

7. Jika mahu lebih manis, boleh tambah gula. Ikut selera masing-masing.

nekbat

8. Siap untuk dihidang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca