Bayar parkir mudah dengan SSP

parkir parking
parkir parking
A
A
A

PENGGUNA kenderaan di lokasi terlibat di Selangor kini tidak perlu lagi menggores kupon atau mencari mesin meter untuk membayar parkir kenderaan. Smart Selangor Parking (SSP) merupakan sistem pembayaran parkir berintegrasi melalui aplikasi telefon pintar yang melibatkan beberapa kawasan PBT.

Antaranya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Sepang.

Aplikasi bersaiz 10.5MB itu boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store.

parkirSSP merupakan sistem pembayaran parkir berintegrasi melalui aplikasi telefon pintar yang melibatkan beberapa kawasan PBT.

Dibangunkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated, aplikasi SSP bertujuan memudahkan pengguna membuat pembayaran parkir dan kompaun menerusi satu akaun, satu aplikasi atas talian seragam dan berintegrasi menerusi telefon pintar.

Selain itu, ia juga satu kaedah penambahbaikan dan pemudah cara kepada unit penguat kuasa PBT untuk melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.

Keterangan lanjut, layari www.smartselangorparking.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca