Bebola ayam homemade sihat & lazat, ibu boleh buat confirm anak-anak suka

Bebola ayam homemade sihat & lazat, ibu boleh buat confirm anak-anak suka

SEBENARNYA tak susah pun nak hasilkan menu yang berkhasiat untuk keluarga. Contohnya, bebola ayam ni.

Oleh kerana kita selalu meletakkan bebola ini dalam masakan, apa kata kita buat sendiri versi yang sihat pula.

Bebola ayam ni juga sesuai untuk yang sedang diet. Boleh buat stok dalam peti ais sangat lazat dicampur dalam sup.

Senang jer rupanya nak buat bebola ayam sendiri, betul cara simpannya tahan pula sampai enam bulan. Jimat tak perlu beli. Bersih dijamin halal pula tu.

Iklan
Iklan

Cubalah resipi yang dikongsikan oleh Parmiati Suyudi (Atie – Yatie) ini.

Bahan-bahannya;

  • 200 gram isi ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam
  • 1 sudu makan garam halus
  • 1/2 gelas kiub ais
  • 1 biji putih telur

Bahan lain (ditapis)

  • 1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Secubit baking soda dan baking powder

Cuba juga Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan

Cara membuatnya;

1. Kisar ayam dan bawang putih. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.

2. Masukkan putih telur dan kiub ais. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.

3. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.

4. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.

Cara betul simpan bebola ayam nak bagi tahan 6 bulan

  1. Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
  2. Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.
  3. Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya.
  4. Bebola ayam ini boleh tahan sampai enam bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.

Semoga bermanfaat!

Cuba juga Cairan keju atas bebola daging memang buat kecur air liur. Ini cara senang nak buat

Sumber: Parmiati Binti Suyudi

Layari portal SinarPlus
untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

2 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

6 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

9 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

10 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

11 hours ago