Benarkah kualiti tidur lebih baik jika pakai stoking?

IMG_20200401_114749_543
IMG_20200401_114749_543
A
A
A

TAHUKAH bahawa anda akan memiliki kualiti tidur yang lebih baik jika memakai stoking?

Ini sebab kenapa anda perlu pakai stoking ketika tidur.

1. Memberi rasa nyaman

Tidur yang berkualiti akan diperoleh apabila anda berasa nyaman. Justeru, anda perlu pastikan, katil, bantal dan bilik tidur anda cantik, kemas serta bersih untuk mendapatkan rasa nyaman.

Namun, suhu badan juga memainkan peranan dalam memberi rasa nyaman di mana badan amat selesa pada suhu 25 ke 27 darjah celsius. Justeru, pakai stoking untuk memperoleh suhu optimum itu.

Tidur pakai stoking BANYAK manfaat kepada diri jika kita tidur dengan memakai stoking.

2. Merawat tumit kaki yang kering

Pakai stoking ketika tidur juga mampu menyelesaikan masalah tumit kaki yang kering.

Caranya mudah sahaja. Sapukan krim pelembap dan pakai stoking. Ia akan membantu mengelakkan kulit daripada kering di samping merawat kulit yang kering.

3. Mengelakkan kaki daripada bengkak

Jika anda seorang yang sering mengalami masalah kaki bengkak, amalkan tidur dengan memakai stoking.

Ini kerana ketika tidur ia akan membantu menghangatkan kaki dan melancarkan peredaran darah pada kaki.

Itulah antara sebab mengapa anda perlu memakai stoking ketika tidur. Apabila seharian penat berjalan, waktu malam adalah masa terbaik untuk merehatkan kaki. Pakailah stoking untuk lebih menjaga kaki anda.

PENULIS: SUHAILA ALI

FOTO: UNSPLASH.COM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca