Beraya normal baharu dengan koleksi Mydin

A
A
A

SEMINGGU sahaja lagi, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tahun ini, barangkali agak luar biasa apabila Syawal buat pertama kalinya disambut dalam suasana normal baharu.

Masakan tidak, kemeriahan menyambut hari raya direnggut oleh pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan di seluruh dunia.

Seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aktiviti balik kampung merentas negeri tidak dibenarkan.

Amalan kunjung-mengunjung perlu dihadkan, penjarakkan sosial sentiasa perlu dipraktikkan, malah tiada lagi budaya rumah terbuka seperti kelaziman.

Apapun kesukaran yang dilalui, #PastiAdaSinar dan raya tetap on!

mydinSELENDANG dengan nama Mikayla Shawl ini menggunakan kain jenis sifon Kash. Harga: RM29.90. Baju Melayu Mikhail ini dijual secara berasingan dengan samping. Harga: RM79.90 (baju Melayu), RM19.90-RM79.90 (samping).

Meskipun pergerakan terbatas, ia bukanlah halangan untuk terus bergaya pada hari raya. Memakai pakaian yang cantik dan bersih adalah diharuskan, bukan?

Jadi, tiada salahnya untuk terus vass meskipun hanya beraya bersama keluarga terdekat!

MYDIN sedia menemani anda sekeluarga dengan pelbagai pilihan fesyen menarik sepanjang Aidilfitri.

Koleksi kali ini membawakan pilihan busana indah baju kurung moden, baju Melayu, tudung mahupun selendang, selain samping dan songkok pada harga berpatutan.

mydinBAJU kurung moden yang dijual pada saiz XS sehingga XXL. Harga: RM139.90

Bagi yang meminati warna polos atau fabrik bercorak, cita rasa anda bersama MYDIN pasti tidak mengecewakan.

Lebih menarik, ia boleh digayakan sedondon dengan pasangan dan anak-anak pada harga belian yang cukup berbaloi.

Ya! Walaupun hanya duduk di rumah, namun kita berpeluang meraikan hari kemenangan sebulan berpuasa dengan persalinan cantik menawan.

Berikut adalah pilihan fesyen busana terbaik yang ditawarkan MYDIN untuk pelanggan dengan cita rasa yang mampu membangkitkan sisi maskulin dan kejelitaan siluet si pemakai.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca