Berbaloi beli! Seiko Speedtimer baharu dengan Caliber 8R46, lebih tepat, stabil dan miliki ketahanan tertinggi

A
A
A

JENAMA terkemuka jam tangan, Seiko baru-baru ini memperkenalkan edisi Speedtimer Serba Baharu kepada peminatnya baru-baru ini.

Seiko dalam satu kenyataan menyebut, reka bentuk fitur terbaharu itu lebih moden dikuasakan dengan kejuruteraan kronograf, Caliber 8R46 yang menjanjikan tahap ketepatan dan ketahanan pada aras tertinggi.

Berdasarkan rekod, edisi pertama Speedtimer telah dikeluarkan pada tahun 1969 dan menjadi mercu tanda penting dalam sejarah kronograf.

SEIKO

"Pengenalan model pertama tersebut menggunakan kronograf automatik pertama di dunia, Caliber 6139. Ia telah menjadi aksesori paling diyakini ramai.

"Justeru, pelancaran desain terbaharu itu juga adalah satu penghormatan dan pada masa sama, diberi sentuhan lebih terkini dan bersifat inovatif," kata jenama itu.

SEIKO

Selain kestabilan dan ketepatan dipertingkatkan, teknologi MEMS yang digunakan juga membolehkan inovasi baharu berkenaan lebih ringan dan tahan lasak.

Baca juga Amazfit T-Rex Pro tawarkan ciri jam pintar mewah, lengkap 100 mod sukan dan tahan lasak

Berikut antara spesifikasi lain Speedtimer Serba Baharu:

i) Memiliki simpanan kuasa untuk 45 jam dan 28,800 getaran perjam.

ii) Tampil dengan desain tahan karat dan salutan antireflek dwilengkung.

SEIKOiii) Kalis air sedalam 330 kaki.

iv) Rintangan pada magnet 4,800 A/m.

SEIKO

Untuk maklumat lanjut, layari www.seikoboutique.com.my atau www.thongsia.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca