Berbuka bersama Nan Gua Bing, kuih tradisional Cina wajib dicuba
ASYIK berbuka dengan juadah kuih tradisional Melayu sahaja, bukan soal jemu tapi menginginkan satu kelainan.
Pasti sedap jika dapat mencuba kuih tradisional Cina mahupun India sebagai juadah berbuka. Namun, di bazar sangat sukar untuk menjumpai kuih-muih tradisional bangsa lain.
Kebetulan, SinarPlus menemui perkongsian daripada pengguna Facebook, Shahmila Radha mengenai satu resipi kuih tradisional Cina, Nan Gua Bing atau dikenali sebagai kek labu.
Tengok sahaja dah terliur apatah lagi kalau buat sendiri.
Baca juga: Udang Masak Bawang Sedap Sangat, Gerenti Tak Pandang Lauk Lain
Beliau kongsikan pemanis mulut itu merupakan kuih yang wajib dibuat pada hari perayaan. Ini antara bahan dan cara penyediaannya:
BAHAN-BAHAN
- 2 atau 3 senduk besar labu (siap direbus dan dilenyekkan)
- 2 senduk besar tepung pulut
- 1 sudu besar gula icing/gula pasir
- Pewarna kuning
- Biji bijan putih
- Inti kacang merah (mengikut cita rasa)
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas kemudian gaul sehingga sebati dan menjadi seperti doh.
2. Bulatkan inti kacang merah supaya memudahkan proses memasukkan inti.
3. Ambil sedikit tepung dan letakkan di atas tangan kemudian leperkan sehingga menjadi bentuk bulat.
4. Seterusnya, ambil inti kacang merah dan letakkan di tengah-tengah tepung.
5. Balut inti tersebut sehingga menjadi bentuk bola dan pastikan inti tidak keluar.
6. Kemudian leperkan semula sebelum disalut dengan biji bijan putih.
7. Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng.
8. Apabila kuih sudah berwarna keperang-perangan maka, ia sedia untuk diangkat.
Akhir sekali, siap untuk dihidangkan!
Haa mudah kan resipi nan gua bing ini?
Tak perlu susah-susah mencari, buat sendiri pun boleh dan paling penting sudah tentu puas hati.
Selamat mencuba!
Baca juga: Udang Khamped Sedap, Padu. Sajian Thai Yang Wajib Cuba
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang