DENGAN kata mudah, bandar raya Kuala Lumpur ini penuh dengan anak rantau yang meninggalkan kampung halaman demi berjuang mencari rezeki di tempat orang.

Apabila sudah menjadi anak rantau, pastinya antara hal yang dirindukan mestilah masakan tradisional.

Untuk memastikan golongan itu tidak kempunan, The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur menawarkan variasi juadah cita rasa asli Melayu yang pastinya membuatkan sesiapa kecur air liur.

 

Baca juga: Daging premium Australia signature Chakz promosi pakej berbuka puasa pada harga mampu milik

Baca juga: Sup Siam daging padu tambat selera berbuka guna bahan simple rasa marvellous

 

Mengangkat konsep masakan kampung, lebih 40 hidangan boleh dijadikan pilihan. Antara yang menjadi tumpuan adalah lauk asam pedas ayam, daging dan ikan termasuk masak lemak ikan kurau.

Iklan

Penulis yang diajak untuk merasai kebanyakan sajian yang disediakan memang mengesyorkan orang ramai berbuka puasa di premis tersebut. Kemudahan untuk menunaikan solat turut disediakan di surau hotel.

Seperkara, lokasi strategik hotel yang terletak dengan pelbagai pusat beli-belah sudah pastinya memudahkan lagi anda membuat persediaan Syawal nanti.

Iklan

Juadah Cita Rasa Asli Melayu

Alamat: Dewan Bunga Raya, The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur
Waktu: 7 hingga 9 malam
Tarikh: 8 hingga 29 April 2022
Menu signatur: Hidangan masakan Melayu
Harga: RM70 (dewasa), RM50 (warga emas) dan RM35 (kanak-kanak enam hingga 12 tahun)