Berbuka puasa dalam suasana rustik ala kampung di pinggir rimba, Riverstone Eco Resort memang pilihan terbaik

A
A
A

HANYA 45 minit pemanduan dari pusat bandar raya Kuala Lumpur, Riverstone Eco Resort adalah destinasi istimewa yang menghubungkan tetamunya dengan kedamaian alam semula jadi, suasana rustik ala kampung dan tarikan kulinari unik.

Terletak di lokasi tersembunyi di pinggir rimba dan bersebelahan dengan laluan sungai yang mengalir ke Empangan Batu, restoran itu sebenarnya telah mula menjadi bualan sejak 18 tahun lalu.

Riverstone Eco Resort sejak sekian lama menggamit selera ramai dengan menu yang mengangkat tema budaya Jawa-Melayu sekali gus menjadi kegemaran rakyat Malaysia, kata Pengurus Operasi Riverstone, Natasha Ashari.

 

"Sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini, Riverstone tidak ketinggalan meneruskan tradisi berbuka puasa dalam aura romantika desa. Tidak ketinggalan kami melakukan kemas kini pada susun atur dan dekorasi restoran.

"Semua ini adalah hadiah untuk pelanggan kami dan semoga mereka merasai semangat ‘anyar meneh’ yang kami ketengahkan," ujarnya.

Dalam bahasa Jawa, ‘anyar’ bermaksud baharu, manakala ‘meneh’ bermaksud kembali semula.

Ia bersesuaian dengan komitmen pihak pengurusan Riverstone yang mahu memberi nafas segar pada pengalaman kulinari dan gaya gastronomi dari rahsia dapur keturunan Jawa-Melayu.

Selain hashtag #AmbengRiverstone yang mengiringi kelarisan hidangan nasi ambeng kami sejak beberapa tahun lalu, hashtag #AnyarMeneh yang baru diperkenalkan membawa erti Riverstone ‘dibaharukan semula’ setelah 18 tahun tempat ini dikenali," katanya.

Seiring dengan falsafah #AnyarMeneh itu juga, ujar Natasha, kunjungan ke Riverstone Eco Resort akan membuka peluang kepada para tetamu menyegarkan semula pancaindera.

 

 

"Ramai yang menyukai lokasi kami kerana mereka dapat menikmati suasana damai kampung tradisional, mendekati keindahan suasana hijau dan udara segar, mengenali flora dan fauna hutan serta menikmati simfoni alam dari sahutan unggas dan serangga rimba.

Dalam kunjungan ke destinasi istimewa ini, walaupun sebentar, boleh melapangkan fikiran, menenangkan jiwa dan merehatkan tubuh, selain pulang dengan keinginan selera yang terlunas," ujar beliau.

PROMOSI RAMADAN

Meneruskan tradisi berbuka puasa di pinggir rimba dalam suasana kampung, Riverstone Eco Resort menawarkan pilihan menu berbuka puasa yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

Pilihan hidangan sedulang nasi ambeng boleh dipilih sama ada Ambeng Kecil (RM35) yang sesuai untuk dua orang, Ambeng Besar (RM55) yang sesuai untuk 4 orang atau Ambeng Ingkong (RM80) yang sesuai untuk lima orang.

 

Untuk mengiringi keenakan nasi ambeng juga disediakan lauk sampingan berupa daging salai masak lemak cili api (RM15 semangkuk).

Bagi yang mahu mengakhiri kunjungan dengan kenangan manis, menu pencuci mulut yang disediakan adalah Sagu Gula Melaka (RM3 semangkuk) dan pilihan bubur manis (RM3 semangkuk).

Minuman ais sirap dan kopi panas disediakan.

 

 

Riverstone mula menerima tempahan untuk berbuka puasa bermula 16 April hingga 11 Mei depan (4 hingga 29 Ramadan 1442H).

Tempat adalah terhad berikutan susun atur meja yang mesra prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19, maka amat digalakkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya sehari lebih awal.

Sejumlah maksimum 50 pelanggan boleh diterima pada satu-satu masa.

Surau juga disediakan untuk kemudahan bersolat.

 

ANEKDOT

RIVERSTONE ECO RESORT

Alamat: Kampung Batang Batu, Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor

Waktu:

Tarikh: 16 April hingga 11 Mei 2021

Menu signatur: Nasi ambeng, daging salai masak lemak cili api

Harga: RM35-RM80 (sedulang untuk 2 hingga 5 orang)

Facebook: Riverstone Eco Resort

Instagram: @riverstoneecoresort

Jangan lupa tempah cepat-cepat ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca