Bertenang dan ambil langkah berikut jika berdepan individu yang sedang alami serangan panik

A
A
A

PERNAHKAH anda berhadapan dengan seseorang yang tiba-tiba menjadi panik tidak kira di mana-mana, sama ada di kawasan terbuka seperti pusat beli-belah, tandas atau di kaunter bayaran sekali pun!

Mereka mungkin menggigil ketakutan dan bernafas dengan mencungap-cungap. Tangan mereka juga menggeletar!

Jadi, apa yang perlu kita buat jika rakan, anak murid, pasangan atau rakan sekerja kita tiba-tiba berada dalam situasi tersebut?

Sebelum itu, menurut Cleveland Clinic, serangan panik adalah perasaan takut dan cemas yang tiba-tiba berlaku tanpa sebab yang munasabah.

panik SUMBER SHVETS production daripada PEXELS.

Mereka akan menunjukkan simptom fizikal seperti degupan jantung yang laju, sukar bernafas serta berpeluh-peluh.

“Keadaan yang dialami seperti seseorang yang sedang mengalami serangan jantung.

“Serangan panik tidak berbahaya namun jika kerap berlaku, ia boleh mengurangkan kualiti hidup seseorang,” jelas Cleveland Clinic.

Situasi itu boleh berlaku antara lima hingga 20 minit, namun pada sesetengah orang, mereka boleh mengalaminya sehingga satu jam.

Pakar Psikiatri dan Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria berkata, serangan panik adalah salah satu simptom biasa untuk masalah kesihatan mental, anxiety (keresahan).

 

Baca juga: Jangan panik! Ini langkah awal yang boleh diambil di rumah jika si kecil tiba-tiba diserang sawan

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

panik SUMBER SHVETS Production daripada PEXELS.

“Seseorang yang dalam keadaan panik, otaknya berada dalam keadaaan ketakutan sehingga tidak bersifat rasional.

“Jadi, ketika serangan panik berlaku, kita tidak boleh ajak beliau berfikir secara waras atau bersembang tentang masa depan atau sesuatu yang lebih berfaedah,” katanya menerusi satu video di TikTok baru-baru ini.

CARA TANGANI

Berikut tip yang dikongsikan Dr Rozanizam untuk membantu individu hadapi serangan panik:

1.  Bertenang

Kita perlu berada dalam keadaan terkawal terlebih dahulu. Orang yang panik tidak boleh tolong individu lain yang sedang panik.

Untuk mengelak keadaan tersebut, anda perlu memahami tentang anxiety dan bagaimana serangan itu berlaku. Ia adalah keadaan yang tidak bahaya dan akan berlalu.

2. Bantu individu tersebut untuk bertenang

Antara langkah paling cepat dan mudah adalah dengan menggunakan kaedah pernafasan dalam (deep breathing).

Galakkan mereka untuk menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut.

Cara tersebut boleh lakukan bersama-sama pesakit dan ia boleh membantu mengawal pernafasan mereka kembali normal.

panik SUMBER Liza Summer daripada PEXELS.

3. Cipta ruang yang selamat

Sekiranya panik berlaku di tempat orang ramai, bawa individu itu ke tempat yang lebih selamat dan kurang rangsangan.

Keadaan tersebut akan bagi memberi rasa selesa dan mereka akan kembali tenang.

Teknik pernafasan dalam yang dilakukan bersama juga akan membantu otak kembali berada dalam keadaan terkawal.

Pada kebiasaannya, serangan panik yang dialami tidak akan mengambil masa yang lama.

4. Alihkan perhatian

Libatkan pesakit dalam aktiviti yang menenang dan mengalihkan perhatiannya daripada ketakutan yang dialami.

Antara yang boleh dibuat termasuk menggunakan stress ball, mendengar lagu, minum air, basuh muka atau berzikir.

5.  Beri jaminan kepada pesakit bahawa mereka berada dalam keadaan selamat

Beritahu mereka bahawa keadaan tersebut akan berlalu dan dan keadaan akan kembali normal.

Walaupun kata-kata semangat yang diberikan adalah simple dan klise, namun ia membantu mereka yang sedang panik.

6. Elakkan bertanya mengapa situasi tersebut berlaku kepada mereka yang sedang panik

Jangan memperkecilkan atau meremehkan apa yang dialami pesakit. Sebaliknya jadilah pendengar baik jika mereka mahu berkongsi.

7. Sekiranya individu tersebut dalam proses rawatan dan mengambil ubat tertentu, bantu mereka mendapatkan ubat yang diperlukan

panik SUMBER energepic.com daripada PEXELS.

Kata Dr Rozanizam, serangan panik yang dialami setiap orang mungkin berbeza dan sebahagian tip mungkin tidak bersesuaian dengan situasi tersebut.

Justeru, beliau menyarankan agar melakukan teknik-teknik yang dikongsikan mengikut kesesuaian keadaan.

Baca juga: Maya Karin alami serangan panik, Faizal Hussein jadi penyelamat

SinarPlus juga ingin berpesan bahawa serangan panik bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberikan sokongan tanpa menghakimi.

Sekiranya individu tersebut rapat dengan anda, cadangkan kepadanya untuk mendapatkan bantuan profesional supaya rawatan dan bimbingan yang sesuai dapat diberikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca