BUKAN sesetengah tapi kebanyakan daripada kita memang punya tabiat suka membawa telefon bimbit masuk ke tandas.

Sedang ‘membuang hajat’ pun masih pegang telefon.

Tengok feed Facebooklah, Instagramlah dan ada yang khusyuk main game.

Namun, ingat amalan itu sebenarnya memang tak bagus.

Malah, pakar perubatan antarabangsa sudah mula memberi amaran bahawa pendekatan itu boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Pakar Gastroenterologi, Dr Joseph Salhab berkata, duduk lama dan meneran di tandas boleh menyebabkan peningkatan risiko hemoroid atau dikenali sebagai buasir.

 

“Membuang air besar sepatutnya tidak mengambil masa yang lama. Bersihkan. Mudah.

“Bayangkan bakteria di telefon pintar anda,” ujarnya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di TikTok.

Baca juga: Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan

Menurutnya, kuman daripada najis manusia akan melekat pada peranti yang dibawa.

Dengan itu 100 peratus skrin telefon boleh menjadi rumah kepada E.Coli dan Fecal streptococci yang berbahaya.

GUNAKAN BANGKU

Dr Salhab kemudian berkongsi tip untuk mengurangkan masa di tandas dengan menggunakan sebuah bangku kecil.

Langkah menaikkan kaki akan memudahkan najis untuk keluar  sekali gus mengehadkan penggunaan telefon pintar di tandas.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya pengguna menukar diet harian.

Baca juga: ‘Tahan sakit perut sampai pergi sekolah.’ Throwback kisah tandas zaman kanak-kanak, Perkongsian kakak Aliff Syukri raih perhatian!

“Tingkatkan pengambilan serat dengan mengambil buah-buahan yang boleh membantu merangsang pergerakan usus.

Iklan

“Antaranya termasuk kiwi, buah naga, epal, pear, prun dan vitamin C,” katanya.

Baca juga: Jangan main-main, hepatitis boleh berjangkit waima dalam tandas. Ini komplikasi serius yang boleh berlaku

Selain itu, Dr Salhab mengesyorkan orang ramai supaya mengambil suplemen seperti psyllium husk yang boleh ditambah kepada minuman.

Magnesium oksida dan magnesium sitrat juga antara suplemen lain yang boleh diamalkan.

Satu lagi, kena sentiasa banyak minum air ya.

Apa yang pakar itu cakap ada banyak betulnya.

Iklan

Tiada manfaatnya duduk berlama-lama di tempat kotor dan rumah kepada banyak bakteria.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!