Boleh hasilkan 400 masakan dengan mudah dengan 4 pes Rasa Rosz. Memang 'in' kalau nak buat rumah terbuka

A
A
A

SYAWAL sudah pun melabuhkan tirainya. Pun demikian, masih ramai dalam kalangan kita masih menanam hasrat untuk mengadakan rumah terbuka.

Tidak salah sebenarnya untuk berbuat demikian. Apa yang penting, tetamu boleh diraikan pada bila-bila masa walaupun bukan pada musim perayaan.

Menyedari masih wujud permintaan yang tinggi, jenama Rasa Rosz yang diasaskan oleh Datuk Seri Rozita Ramelan melancarkan empat pes makanan Ratu Tumis yang terdiri daripada sambal, gulai, sup dan asam pedas.

Menariknya, keempat-empat pes berkenaan boleh menghasilkan 400 jenis masakan yang enak dalam tempoh masa yang singkat! Memang mudah sungguh kan dan memang sesuailah kalau nak buat rumah terbuka.

Ujar Rozita, pes gulai keluarannya boleh digunakan untuk pelbagai jenis gula seperti kari ayam atau kambing, masak kurma, lontong dan macam-macam lagi.

“Seperkara, tidak perlu menambah segala rempah-ratus kerana pes ini sudah siap sedia dikisar bersama jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili, bawang besar, bawang merah dan serai," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Restoran Rebung, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama ialah beberapa selebriti seperti Zaiton Sameon, Kismah Johar, Mubarak Majid, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Cef terkenal negara, Datuk Cef Ismail turut dijemput untuk membuat demonstrasi masakan menggunakan Ratu Tumis Rasa Rosz.

Kepada kalian yang ingin mencuba memasak menggunakan semua pes berkenaan, boleh dapatkan di 41 cawangan AEON di seluruh Malaysia.

Pembelian juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.rasarosz.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca