SELANGOR antara negeri maju yang memiliki keunikan destinasi riadah yang boleh dibanggakan.

Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi sama ada berbayar atau percuma, ia tersedia untuk semua.

Tak hanya kaya dengan keindahan air terjun semula jadi, malah taman tema air pun tak kurang hebatnya.

Antara yang sering menjadi sebutan adalah seperti Sunway Lagoon Theme Park, Bangi Wonderland Theme Park, WetWorld Water Park Shah Alam, Riverine Water Theme Park dan terbaharu, SplashMania Water Park.

taman riadah

Selain itu, bagi mereka yang mahu beriadah santai, kemudahan taman rekreasi juga sesuai untuk disinggahi bersama anak kecil.

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, ramai netizen mengesyorkan beberapa tempat awam yang memiliki keunikan sendiri. Berikut info menarik:

taman riadah
Kredit foto: Wong TK
taman riadah
Kredit foto: Adzham Fathy

1. Bukit Jelutong Eco Community
Alamat: U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 7pagi hingga 7malam

 

AKTIVITI:
– Antara taman awam yang menyediakan trail atau laluan khas untuk aktiviti mendaki untuk beginner. Kira budak-budak boleh daki dengan pemantauan ya.
– Kalau anak-anak nak tengok haiwan jinak, di sana ada taman yang menempatkan ayam, itik, angsa, burung merak dan arnab. Mesti mereka seronok!

Baca juga 5 destinasi tersembunyi di Janda Baik, lokasi healing mesra kanak-kanak sepanjang cuti sekolah

taman riadah

2. DragonFly Park Eco Grandeur
Alamat: Lot 6232, Eco Grandeur, Persiaran Mokhtar Dahari, Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu operasi: 7 pagi hingga 8 malam

taman riadah

AKTIVITI:
– Antara taman rekreasi yang memiliki landskap ala English berhampiran kawasan perumahan Victorian moden di Eco Grandeur.
– Paling best dekat sini terdapat trek jogging dan berbasikal yang selamat. Antara tempat OOTD popular setiap kali musim Aidilfitri.

taman riadah

3. Secret Garden 1 Utama
Alamat: 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

taman riadah

AKTIVITI:
– Taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara yang memiliki 500 spesies tumbuhan eksotik seperti stringy cissus dan giant colcasia.
– Nak masuk pada hujung minggu dan cuti umum, ia percuma jer. Kemudahan seperti garden pergola dan cascading waterfall antara tempat OOTD popular di sana.

Baca juga 3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

Iklan
taman riadah
Kredit foto: Vince Tan

4. Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Alamat: Jalan P11, Presint 11, Putrajaya
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam

taman riadah
Kredit foto: Facebook Tourism Malaysia

AKTIVITI:
– Pusat riadah paling top di Putrajaya dan kalau kalian datang ke sini, kena bersedia dengan stok air yang cukup dan pakaian yang sesuai kerana keluasan 47 hektar. Besar tu!
– Terdapat tiga tema iaitu Taman Eropah, Inggeris dan Cina yang masing-masing memang sangat cantik.

taman riadah
Kredit foto: Facebook Tourism Selangor

5. Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Alamat: Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang

taman riadah
Kredit foto: Facebook Tourism Selangor

AKTIVITI:
– Kalau tak mahu pergi jauh, area Taman Tasik Shah Alam ada satu taman yang boleh kalian berfoto bersama keluarga.
– Reka bentuk landskap Jepun dengan keluasan 242.7 meter persegi dengan pelbagai pokok seperti Sakura, buluh dan bonsai.
– Kalau singgah ke sana, jangan lupa untuk bergambar di Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai ya!

taman riadah
Kredit foto: Facebook Tourism Selangor

Banyak lagi lokasi menarik yang dibuka secara percuma kepada pengunjung di Selangor yang boleh kalian pertimbangkan.

Tak kisah apa juga pilihan, paling penting anak-anak dapat berseronok sambil beriadah di kawasan menghijau.

Iklan

taman riadah

Alang-alang, boleh kalian exercise sekali satu keluarga,kan?

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang