BUAT kaki karok atau karaoke, kalau dapat habiskan masa layan lagu kegemaran bersama bestie memang menyeronokkan.

Lagi best, dekorasi bilik memang mewah dan privasi. Jadi, kalau mereka yang segan mahu menyanyi, bolehlah pilih bilik level VVIP. Memang puas hati.

Apatah lagi, bila si dia kalah menyanyi dan kena denda, terpaksalah belanja makan satu group!

Sekarang ini, sudah banyak premis yang menawarkan servis karaoke lengkap dengan pakej bufet bermula jam 7 hingga 10 malam.

Bukan itu saja, terdapat set menu special yang ditawarkan untuk pengunjung yang datang pada happy hour dan nak lagi jimat, rebut promosi separuh harga pada hari tertentu.

karaoke

Tak perlu nak order makanan luar semata-mata nak isi perut. Semuanya sudah tersedia depan mata. Tinggal bayar jer ikut pakej yang ditawarkan.

Apa yang menarik perhatian, set bufet dengan aneka seafood, sushi, masakan Barat, Thailand, Melayu dan banyak lagi. Memang free flow sampailah anda kekenyangan!

 

Semua orang tahu, di Kuala Lumpur dan Selangor memang banyak pilihan bilik karaoke yang happening dan sesuai jika bawa anak kecil.

Namun, kami pilih lima lokasi makan dan santai yang boleh kalian usha jika ada masa lapang. Gerenti best punyer!

karaoke

karaoke

CEO Karaoke Box
Alamat: Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 hingga 3 pagi
Pakej: Bermula RM28+
Facebook: CEO Karaoke Box Malaysia
Instagram: @ceokaraokemalaysia

Baca juga Asah bakat di rumah, ini antara senarai lagu top karaoke

karaoke

Red Box
Alamat: The Curve, Lot 135, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 hingga 3 pagi
Pakej: Bermula RM18+
Facebook: Red Box Karaoke Malaysia
Instagram: @redboxkaraokemalaysia

karaoke

Music Box Karaoke
Alamat: DA MEN Mall, Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 hingga 3 pagi
Pakej: Bermula RM10+
Facebook: Music Box Karaoke MY
Instagram: @musicboxkaraokemy

Baca juga Ibu bapa sibuk berkaraoke, tak sedar anak jatuh dari tingkat 3 hotel

Iklan

karaoke

The PORT of Puchong
Alamat: IOI Mall Puchong, Selangor
Waktu operasi: 11 hingga 3 pagi
Pakej: Bermula RM25
Facebook: The PORT of Puchong
Instagram: @theportkaraoke

karaoke

Myway SUNBOX Family Karaoke
Alamat: No. 6 Jalan PJS 8/12, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 1 pagi
Pakej: Bermula RM15
Facebook: Myway Family Karaoke – Sunway Mentari (Petaling Jaya, Selangor, Malaysia)

karaoke

Kalau ada plan nak buat reunion atau sambut ulang tahun perkahwinan atau kelahiran, mungkin boleh booking satu bilik untuk privasi.

Kadang-kadang, benda yang simple boleh hiburkan hati, inikan pula kalau dapat release tension dengan menyanyi.

Iklan

karaoke

Lain orang lain caranya. Kalau kalian jenis suka menyanyi dan berhibur bersama famili, bolehlah usha bilik yang sesuai dengan bajet.

Okey! Selamat mencuba dan menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang