Bonus panorama KLCC 360 darjah, ini keunikan makan malam di Menara Kuala Lumpur sepanjang Ramadan

A
A
A

SATU-satunya restoran berpusing 360 darjah di Malaysia! Bertuah kalian jika dapat menikmati menu makan malam pada ketinggian 282 meter dari paras tanah.

Menariknya, lebih 90 sajian lokal dan antarabangsa ditawarkan untuk set minum petang serta bufet makan malam sempena Citarasa Aras Menara Kuala Lumpur.

Chef De Cuisine Menara Kuala Lumpur, Cef Yasir Omar berkata, sajian Seafood On Ice antara tarikan buat peminat makanan laut, selain pilihan daging bermutu tinggi.

makan makan menara KL

“Kami menyediakan ruang privasi kepada pelanggan untuk menikmati panorama indah ibu kota dengan bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan negara kita.

“Stesen Kambing contohnya, antara tumpuan laku keras kerana kami menyediakan bahagian daging terbaik dengan menu berbeza setiap hari,” ujarnya.

 

Menara Kuala Lumpur juga menyediakan pilihan menu supper (moreh) bermula jam 10 hingga 11 malam dengan setiap set berharga RM30 hingga RM50.

Baca juga Sentuhan klasik Bufet Ramadan Sajian Titian Desa 2024, ini keistimewaan menu iftar di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

Baca juga Penangan Sup Tulang Merah Singapore, ini antara keunikan Destinasi Rasa Mardhiyyah Hotel & Suites

makan malam menara KL

Menara Kuala Lumpur

Alamat: TH02, No.2 Jalan Punchak,

Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur

Masa: 6.30 petang hingga 9.30 malam (12 Mac hingga 9 April 2024)

Menu signatur: Seafood On Ice dan aneka kambing

Harga: RM199 hingga RM249 (dewasa) dan RM119 hingga RM149 (kanak-kanak 5-12 tahun)

Facebook: ARAS Restaurant KL Tower

Instagram: @araskltower

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca