RAMAI yang suka makan gajus sejak buah ini menjadi viral di TikTok.

Kekacang berbentuk ginjal itu bukan sahaja sedap malah kaya dengan nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan.

Public Health Malaysia melalui satu entri di Facebook berkongsikan manfaat snek kudapan tersebut.

Ujar mereja, makanan tersebut mempunyai fungsi antiradang, rendah gula dan baik untuk kesihatan.

SUMBER Nikita Belokhonov daripada PEXELS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kebaikan kacang yang turut dipanggil sebagai janggus itu, SinarPlus merujuk Healthline.

Menurut laman perubatan itu, gajus berasal dari Brazil dan banyak ditanam di kawasan beriklim panas di seluruh dunia.

 

“Biji gajus segar tidak selamat untuk dimakan kerana ia mengandungi bahan toksik yang dikenali sebagai urushiol.

“Bahan tersebut boleh mengakibatkan iritasi kulit pada sesetengah individu,” jelas sumber tersebut.

Oleh yang demikian, janggus akan dimasak terlebih dahulu untuk mengeluarkan cecair urushiol sebelum dijual sebagai gajus mentah.

Baca juga: Buah melon bantu kurangkan risiko kanser paru-paru, prostat & kerosakan mata. Banyak lagi manfaat lain

SUMBER Marta Branco daripada PEXELS.

Seperti kebanyakan kekacang lain, ia mengandungi sebatian yang bermanfaat untuk tubuh. Antaranya:

1.Kaya dengan antioksidan
– Gajus mengandungi karotenoid dan polifenol yang membantu mengelak berlakunya keradangan dan melindungi badan daripada serangan penyakit.

2.Membantu menurunkan berat badan
– Gajus merupakan makanan yang rendah kalori.
– Kandungan serat dan protein di dalamnya mengurangkan rasa lapar dan membantu seseorang untuk cepat kenyang.

Baca juga: Kaya dengan pelbagai nutrien. Ini manfaat chia seed yang perlu ramai tahu

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

3.Baik untuk kesihatan jantung
– Diet berasaskan kekacang membantu untuk mendapatkan jantung yang sihat.
– Ia juga menurunkan tekanan darah, trigliserida dan kolesterol.

4.Baik untuk pesakit diabetes tahap 2
– Kacang gajus rendah gula dan tinggi kandungan serat yang membantu mengurangkan aras gula dalam darah.

5.Mudah untuk dimakan
– Kacang gajus boleh dimakan mentah, dipanggang atau dimasak bersama tofu, sup, salad atau stew.

Pun begitu, ujar Healthline, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengukuhkan dakwaan untuk setiap manfaat yang dikongsikan.

Iklan

Baca juga: Jangan tunggu sakit baru nak makan, banyaknya manfaat sayur hijau

SUMBER Jonathan Borba daripada PEXELS.

Sementara itu, Medical News Today berkongsi beberapa tip untuk mempelbagaikan hidangan makanan berasaskan produk makanan tersebut. Antaranya:

1.Tambah gajus dalam snek kekacang, bijirin atau buah kering.
2.Hasilkan mentega kacang gajus dengan mengisar gajus mentah sehingga hancur sebati.
3.Ditambah dalam hidangan ayam atau ikan dengan mencampurkan gajus yang telah dicincang.
4.Campurkan kacang gajus bersama hidangan salad.
5.Gunakan susu gajus sebagai alternatif kepada produk susu tenusu.

Tambah Medical News Today, pengguna harus memeriksa terlebih dahulu label pada pek gajus yang dijual di pasaran.

SUMBER Jess Loiterton daripada PEXELS.

“Bergantung kepada jenama, gajus panggang bergaram mungkin mengandungi garam dan lemak yang tinggi serta tidak sihat.

“Gajus jenis itu hanya boleh diambil dalam kuantiti yang kecil sahaja,” ujarnya.

Iklan

Kata sumber berkenaan, mereka yang mempunyai alahan kepada produk kekacang juga perlu mengelak daripada memakan gajus.

Kandungan alergen dalam gajus boleh memberi reaksi yang mengancam nyawa.

Walaupun makanan tersebut mempunyai banyak kebaikan, seseorang perlu mempelbagaikan diet dan tidak menumpukan kepada satu jenis makanan sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!