AKHIR-AKHIR ini ramai yang bercakap berkenaan chia seed.

Di Tik Tok, macam-macam menu diet keluar.

Antaranya, ramai yang cadangkan bijian itu ditambah ke dalam menu diet orang yang nak kurus.

Cara paling mudah untuk makan chia seed adalah dengan mencampurkan biji-bijian berwarna hitam tersebut ke dalam segelas air kosong.

Setelah dikacau dan biarkan seketika, ia sudah boleh diminum.

Ramai juga antara kita suka menambah chia seed ke dalam overnight oat untuk hidangan sarapan pagi.

CHIA SEED
SUMBER Bruno Scramgnon daripada PEXELS.

Makan tersebut dikatakan baik untuk sistem pencernaan.

Namun, adakah itu sahaja manfaatnya?

Baru-baru ini, SinarPlus merujuk beberapa penulisan sahih mengetahui tentang manfaat makanan tersebut.

Pakar diet, Kayla Kopp memberitahu Cleveland Clinic, chia seed atau biji chia merupakan biji dari sejenis pokok bunga yang boleh dimakan dikenali sebagai Salvia hispanica.

Ia banyak ditanam di negara Amerika Latin seperti Maxico dan Guatamala.

 

Baca juga: Jaga perut untuk jaga mental, ini 7 asas yang perlu disemak dalam pemilihan diet seharian

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

chia seed
SUMBER Madison Inouye daripada PEXELS.

Menurut pakar tersebut, bijirin yang kaya dengan nutrien tersebut sudah dimasukkan ke dalam diet pemakanan manusia sejak beratus tahun dahulu.

“Ia boleh membantu membekalkan fiber, protein, mineral dan vitamin B kepada badan.

“Walaupun chia seed kecil, namun ia adalah antara biji-bijian yang bagus untuk dimakan,” kata Kopp.

Makanan tersebut juga kaya dengan antioksidan seperti polyphenol yang membantu melawan radikal bebas daripada merosakkan sel tubuh.

Seseorang yang makan chia seed akan memperoleh manfaat termasuk omega 3 yang baik untuk kesihatan otak, mata, imuniti dan jantung.

Baca juga: ‘Diet’ selamat turun 10kg dalam 3 bulan, tak perlu pantang, bebas makan apa sahaja

Tambah Kopp, bagi memaksimumkan faedahnya, ia sesuai untuk dimakan setiap hari.

CHIA SEED
SUMBER Charlotte May daripada PEXELS.

Berikut adalah antara kebaikan chia seed yang disenaraikan oleh Cleveland Clinic. Antaranya:

1. Mempertingkat sistem penghadaman
Kajian menunjukkan chia seed boleh membantu penyerapan vitamin dan mineral di dalam perut dan menghasilkan bakteria baik.

Ia kaya dengan fiber dan boleh membantu mengurangkan masalah sembelit.

2. Membantu mengurangkan berat badan
Minum segelas air berisi chia seed mampu mengurangkan rasa lapar sekali gus menyumbang kepada penurunan berat badan.

Chia seed akan mengembang apabila basah dan akan memenuhi perut.

Pun demikian, mengambil terlalu banyak chia seed boleh menyebabkan masalah penghadaman sekiranya tidak minum air dengan cukup.

3. Menghalang penyakit kronik.
Kajian menyatakan bijirin tersebut mampu mengekang penyakit bahaya seperti hati, diabetes, obesiti dan kanser.

Baca juga: Sebelum pilih menu ‘rebus-rebus’ ketika berdiet, ketahui dahulu info-info penting ini

SUMBER Antoni Shkraba daripada PEXELS.

Beberapa penyelidikan turut menunjukkan chia seed memberi kemaslahatan kepada kesihatan. Antaranya:
i. Mengurangkan keradangan.
ii. Meningkatkan kawalan gula dalam darah.
iii. Menurunkan tekanan darah.
iv. Meningkatkan tahap asid lemak omega-3 dalam darah.
v. Mengurangkan trigliserida (lemak dalam darah yang digunakan tubuh untuk menyimpan tenaga).

Iklan

Bagaimanapun, Kopp berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami manfaat kesihatan dan jumlah ideal makanan tersebut boleh diambil.

Pun begitu, chia seed boleh ditambah ke dalam diet tanpa ragu-ragu.

“Kita mengetahui ia adalah sumber pemakanan yang sangat baik dan menyumbang kepada kesihatan secara keseluruhannya,” ujar Kopp.

PENGGANTI TELUR

Sementara itu, Medical News Today berkata, banyak menu hidangan boleh dihasilkan menggunakan bijirin tersebut.

Chia seed mentah sesuai untuk dimakan bersama yogurt, smoothie atau salad.

Pencuci mulut seperti puding pula sesuai dinikmati dengan chia seed yang telah direndam dan bertukar menjadi seakan gel.

“Makanan yang kaya dengan omega tersebut juga sesuai dimasukkan dalam adunan mufin dan biskut bagi mereka yang mengalami alahan terhadap telur atau mengamalkan diet vegan.

“Kisar satu sudu besar chia seed bersama tiga sudu besar air dan biarkan ia beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam adunan masakan,” kata Medical News Today sambil menyatakan, kaedah tersebut dapat menggantikan sebiji telur.

CHIA SEED
SUMBER Castorly Stock daripada PEXELS.

Tambah laman kesihatan tersebut, bijian tersebut selamat untuk diambil.

Sesetegah individu berkemungkinan mengalami alahan terhadap makanan itu, namun ia jarang berlaku.

Iklan

“Mereka yang mengalami apa-apa simptom selepas makan chia seed hendaklah berhenti daripada mengambilnya dan segera dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya.

Baca juga: Nak diet, tapi masih nak makan makanan sedap? Kerabu Sotong Thai antara alternatif terbaik

Baca juga: Tingkatkan imunisasi si kecil dengan makanan tambahan ini. Ia juga boleh bantu dapatkan diet seimbang

Walaupun terdapat banyak manfaat yang boleh didapati daripada makanan tersebut, SinarPlus nasihatkan agar pengambilannya haruslah bersederhana.

Apa juga makanan akan mendatangkan kesan sampingan sekiranya ia diambil secara berlebihan.

Hati-hati ya semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang