Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif
Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif
A
A
A

SERING rasa lesu bila bangun pagi? Tak bersemangat nak mulakan hari anda?

Cuba amalkan lima perkara ini. Anda pasti akan merasa perubahan pada diri anda!

1. Minum segelas air

Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila bangun daripada tidur ialah minum segelas air mineral.

Tahukah anda dengan meminum air apabila bangun daripada tidur dapat melancarkan sistem pencernaan tubuh badan.

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

Apabila anda minum segelas air setiap pagi ia dapat membuang toksik dalam badan yang terkumpul sepanjang malam sewaktu anda tidur.

Di samping itu, amalan bangun tidur dan minum segelas air ini juga bagus untuk anda yang sedang diet. Ini kerana ia akan meningkatkan metabolisma anda dan mampu membakar kalori dengan banyak.

Anda juga boleh menambahkan lemon dalam air untuk rasa yang lebih sedap dan lebih mengenyangkan.

2. Menu sarapan yang sihat

Hari bagaikan tidak sempurna jika tidak sarapankan. Jadi pemilihan sarapan juga perlu betul.

Amalkan pengambilan oat untuk sarapan anda. Ini kerana oat mempunyai kandungan protein yang tinggi dan bagus untuk pencernaan.

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

Oat mengandungi vitamin, mineral dan karbohidrati kompleks yang bagus di mana ia akan dicerna secara perlahan di dalam tubuh (anda akan berasa lambat lapar) dan ia dapat menstabilkan kadar gula dalam darah anda.

Untuk menambahkan vitamin dan keenakan oat, anda juga boleh menambahkan buah-buahan seperti blueberri, resberi atau strawberri.

3. Jangan tunda alarm anda!

Jika anda suka tunda alarm untuk tunggu 10 ke 20 minit baru nak bangun tidur, berhenti buat perkara ini!

Ini kerana apabila anda berbuat demikian ia akan menggangu tempoh tidur anda. Di samping, anda akan berasa pening dan bingung di pagi hari.

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

Amalkan tidur selama 7 ke 8 jam sehari dan bangun setelah dengar bunyi alam. Walaupun agak sukar tapi percayalah anda akan merasa kelainan hari anda nanti.

4. Buka tirai bilik anda

Bangun tidur dan jangan lupa untuk buka tirai bilik anda supaya anda dapat melihat cahaya matahari. Perkara ini sangat bagus untuk memberitahu tubuh anda yang hari sudah siang dan bersedia untuk melakukan aktiviti.

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

5. Gerakkan tubuh badan anda

Setelah berjam tidur, otot badan tentu juga tidur. Jadi buat sedikit pergerakan agar otot badan anda tidak terkejut atau sakit sepanjang anda melakukan aktiviti harian.

Buat 5 perkara ini setiap pagi, hari anda pasti lebih produktif

Hanya lakukan rengangan mudah seperti rengangan ke atas, rengangan leher dan bahu, reclining spinal twist atau squad.

Inilah lima perkara yang anda boleh amalkan selepas bangun daripada tidur. Amalkan ia sekarang dan pasti hari anda akan lebih produktif.

Sumber: Youtube Sisi Terang

Gambar: Unsplash

Penulis: SUHAILA ALI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca