BUAT anda yang sedang diet pastinya mencari makanan yang rendah kalori. Apatah lagi manisan. Bukan mudah nak dapat manisan yang rendah kalori lebih-lebih lagi aiskrim.

Oleh itu, Sinar Plus kongsikan cara buat aiskrim rendah kalori.

Bahan- bahan:
Sebiji buah pisang
250 gram yogurt biasa (pilih yang rendah kalori atau tidak ditambah perasa)
1-2 sudu madu

Cara-caranya:

1. Lenyekkan pisang dengan menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur teksturnya.
2. Kemudian, campurkan madu dan yogurt biasa dengan buah pisang yang telah dilenyekkan.
3. Masukkannya ke dalam acuan aiskrim.
4. Bekukan ia selama satu malam dan sedia untuk dinikmati.

Iklan

Inilah cara membuat aiskrim homemade yang rendah kalori.
Anda juga boleh menggantikan buah pisang dengan buah lain yang rendah kalori seperti epal, avokado, betik, jambu batu atau tembikai.

Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash