TERINGIN nak makan ais krim, tapi tak boleh keluar rumah?

Selalunya lepas makan, mesti kita akan makan ‘dessert’, tapi sekarang kalau nak makan maka di rumah sahaja. Jadi anda boleh cuba buat ais krim viral ini di rumah dengan bahan-bahan yang ada di dapur.
ais krim
AIS KRIM jelly meriah enak untuk dinikmati bersama anak-anak.
Ais krim jelly meriah

Bahan yang diperlukan:
– air
– jelly (mengikut cita rasa masing-masing perisa jelly)
– susu cair
– gula
– pewarna

Cara-caranya:

Masukkan air, jelly, susu cair dan gula kemudian kacau sehingga sebati bahan-bahan tersebut. Seterusnya panaskan di atas api yang perlahan supaya ia masak sehingga larut dan sebati. Pastikan dikacau selalu supaya tidak keras. Buat langkah yang sama untuk ketiga-ketiga jenis pewarna dan masukkan di dalam plastik ais krim secara berperingkat dan sejukkan. Siap!
ais krim
AIS KRIM perisa Nutella dan bubur kacang hijau mudah untuk dibuat.
Aiskrim Nutella 

Bahan yang diperlukan:
– susu manis
– susu cair
– air masak
– tepung jagung
– esen vanila
– Garam (mengikut cita-rasa)
Cara-caranya:
Bahan-bahan dimasak atas api yang kecil sehingga semua larut dan mengelegak. Boleh letak air lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi. Lenyekkan nutella dalam plastik ais krim kemudian tuang campuran tadi tetapi sejukkan terlebih dahulu bahan-bahan yang telah dimasak tadi tau. Sejukkan dan boleh dinikmati sesisi keluarga!

Ais krim bubur kacang hijau
Bahan-bahan:

– Kacang hijau (rendam semalaman)
– air
– gula (mengikut citarasa korang)
– gula merah
– garam

Cara-caranya:

Iklan
Rebus kacang hijau sehingga lembut dan empuk. Sementara tunggu kacang hijau direbus, masak gula merah dan ditapis. Bila kacang dah empuk, masukkan gula merah tadi, santan dan garam.Kacau sehingga sebati dengan api yang perlahan dan biarkan ia sejuk baru masuk dalam plastik ais krim.
ais krim
PERISA hot Sangkaya  (kiri) dan  gula apong.
Ais krim hot Sangkaya
Bahan-bahan:
– Santan
– susu pekat
– air
– tepung jagung
– garam
Cara-caranya:
Kacau semua bahan dalam periuk dengan api yang sederhana sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan bahan tadi. Pastikan betul-betul sejuk dahulu baru tuang dalam plastik aiskrim. Untuk rasa yang lebih sedap boleh masukkan gula melaka dalam 2-3 ketul untuk rasa cendol. Siap!
Ais krim gula apong
Bahan-bahan:

– air
– santan
– gula apong ori atau gula nira
– daun pandan

Iklan

Cara-caranya:

Masak air sehingga mengelegak terlebih dahulu kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan sehingga larut dan sebati. Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim dan sejukkan.

Mudah cara nak buat ais krim viral ni. Selain campuran bahan-bahan di atas. anda juga boleh mencuba dengan menggunakan pelbagai bahan yang lain. Selamat mencuba korang!

Foto/sumber: Unsplash, Kisah Dunia dan Buku resipi.com