JIKA anda inginkan kelainan daripada makan bubur nasi kosong, anda boleh cuba masak bubur ala-ala Korea. Bubur di Korea dikenali dengan istilah ‘juk’ yang bermaksud bubur nasi yang dihidangkan pada waktu pagi.

Namun, pada masa ini ‘juk’ juga boleh dimakan pada bila-bila masa dan lebih sedap disajikan ketika masih panas.

Makanan ini juga sering disajikan kepada orang yang sedang sakit untuk mengembalikan staminanya. Bubur khas Korea ini juga boleh dijadikan menu diet.

1. Dakjuk ( Bubur Ayam)

Buat bubur Korea di rumah sahaja
Foto: maangchi.com

Dakjuk adalah hidangan bubur menggunakan ayam rebus dengan bawang putih. Anda juga boleh menambah sayur-sayuran tambahan seperti lobak merah atau cendawan. Makanan ini sangat bagus untuk kanak-kanak, berkhasiat juga senang dicerna.

Bahan-bahan:

  • Beras setengah cawan (Masak dengan 4 cawan air. Agak tidak cukup, tambah air)
  • 3 ketul ayam ( Potong kiub ambil sekali bahagian tulang untuk lebih enak)
  • 1 batang lobak merah (saiz sederhana, dipotong kiub halus)
  • 1/2 bahagian brokoli (dipotong halus-halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Kiub ayam
  • Telur ayam (jumlah terpulang)
  • Daun bawang (sedikit)
  • Garam dan serbuk cukup rasa

Cara-cara membuatnya:

  • Nasi yang telah separuh jalan masak tadi itu, masukkan ayam. ( Jangan tunggu sehingga menjadi terlalu lembik)
  • Apabila beras telah menjadi bubur, tumis bawang putih dalam kuali sehingga wangi. Tuang dalam periuk bersama-sama dengan minyak tumis tadi. Kacau sebati dan masukkan lobak merah.
  • Masukkan kiub ayam. Jika mahu, boleh tambah air ketika ini.
  • Masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Agak-agak.
  • Masukkan brokoli
  • Biarkan seketika dan lihat konsistensi moi tersebut. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
  • Masukkan telur dan jangan kacau. Tutup periuk sebentar.
  • Apabila telur telah separuh masak, tutup api.
  • Masukkan bubur dalam mangkuk, jangan sehingga kuning telur pecah. Tabur daun bawang dan boleh dimakan.

2. Hobakjuk (Bubur Labu)

Buat bubur Korea di rumah sahaja
Foto: maangchi.com

Hobakjuk adalah bubur Korea yang rasanya manis. Dengan warna kuning keemasan, bubur ini boleh membangkitkan selera makan.

Bubur ini dibuat daripada bahan yang berasaskan labu. Bubur ini lazat bila dimakan semasa panas, terutamanya ketika cuaca sejuk.

Bahan-bahan:

  • 1 buah Labu kuning besar
  • 4sdm tepung beras
  • Gula pasir
  • Garam
  • Kacang tanah

Cara-cara membuatnya;

  • Labu di potong satu ruas,kulitnya dibuang, masak dengan air dan sejemput garam selama kurang lebih 30 minit.
  • Labu yang sudah masak ditambah sedikit air kuah lalu hancurkan dengan mesin pengisar.
  • Masak kacang tanah dengan air dan sedikit garam, kurang lebih selama 5 minit, sampai masak.
  • Tepung beras dicampur sedikit dengan kuah labu, bentuk menjadi bola-bola. Selepas itu, masukkan dengan tepung beras yang tinggal.
  • Masak bola-bola tepung beras dengan air sampai masak selama 5-10 minit.
  • Panaskan cairan labu, tambah sedikit garam dan gula, lalu masukkan bola-bola tepung yang sudah dimasak, tambahkan gula sesuai selera.
  • Angkat dan taburi dengan kacang tanah.

3. Danpatjuk ( Bubur Kacang Merah )

Buat bubur Korea di rumah sahaja
Foto: koreanbapsang.com

Satu lagi bubur Korea yang rasanya manis, Danpatjuk menggunakan kacang merah sebagai bahan utama. Biji-bijian yang satu ini cukup terkenal dan banyak digunakan.

Iklan

Salah satunya dijadikan bubur oleh masyarakat Korea. Kacang merah bermanfaat melancarkan peredaran darah. Wah selain sedap ia menyihatkan juga!

Bahan-bahan:

  • Kacang merah (200gr)
  • Gula (200gr)
  • 750 ml air (rebus kacang)
  • 800 ml air
  • 1/2 garam sudu teh
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • Tepung beras

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan iaitu tepung beras, air panas dan garam
3. Presto kacang dan air sehingga kacang lembut dan angkat
4. Campurkan kacang merah dengan air
5. Campurkan kacang, gula, garam, serbuk kayu manis dan air dan masak
6. Rebus sehingga dimasak
7. Danpatjuk bersedia untuk dinikmati

Iklan

4. Yachaejuk (Bubur Sayur)

Buat bubur Korea di rumah sahaja
Foto: maangchi.com

Yachae-juk atau dipanggil bubur sayur di Korea ini sangat sesuai dimakan untuk santapan pagi. Bubur yang kaya dengan sayuran ini sangat menyihatkan dan mampu melancarkan pencernaan.

Bubur ini juga sesuai dengan menu diet anda!

  • 1 cawan nasi
  • Minyak bijan
  • 2 sampai
  • 3 cangkir stok sup sayuran
  • Garam
  • Lobak merah
  • Bawang merah

Cara-cara membuatnya:

  • Rendamkan beras sekurang-kurangnya 90 minit.
  • Panaskan minyak bijan dalam kuali dengan api yang sederhana.
  • Tumis bawang dan lobak merah selama 2-3 minit
  • Masukkan nasi dan kacau.
  • Tambah stok sup dan masak sehingga mendidih
  • Didihkan dan masak pada api yang sederhana selama kira-kira 30 minit
  • Campurkan semua kemudian teruskan memasak selama lebih kurang 10 minit lagi.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.