KALAU ke restoran makanan segera, Texas Chicken antara yang wajib dibeli mestilah Honey Butter Biscuit.

Ini disebabkan menu utama tersebut hanya dijual di premis tersebut .

Bercakap mengenai biskut ini terus terbayangkan kelembutan dan keenakannya lebih-lebih lagi ketika dimakan sewaktu masih panas.

Namun begitu, jika anda teringin nak makan Honey Butter Biscuit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, boleh cuba buat sendiri di rumah.

Resipi ini menggunakan oven dan nampak cukup mudah.

Cubalah!

resipi Honey Butter Biscuit

Bahan A:
Tepung Gandum – 2 cawan*
Baking powder – 1 sudu kecil*
Cream of tartar – 1 sudu kecil*
Gula – 2 Sudu kecil
Garam – 1/2 sudu kecil
Vegetable shortening – 120g
Susu full cream – 3/4 cawan

Bahan B:
Butter – 60g
Madu – 120g

Cara-cara penyediaan :
1- Panaskan oven 200°c

2- Ayak bahan A yang bertanda *

3- Masukkan semua bahan A di dalam bekas kecuali susu.

4- Ramas bahan A tadi sehingga jadi macam pasir berderai.

resipi Honey Butter Biscuit

5- Kemudian, masukkan susu sedikit demi sedikit sampai habis. Uli menjadi doh lalu bulatkan.

 

6- Letak di atas tray yang sudah dialas dengan kertas baking. Kemudian sapukan butter cair atas doh tadi dan masuk ke dalam oven selama 15 minit

7- Sementara tunggu doh dibakar. Jom kita buat sos madu.

8- Cairkan butter yang dicampur dengan madu dan kacau sehingga pekat.

resipi Honey Butter Biscuit

9- Kemudian 3 minit terakhir dalam membakar, sapu kan sos di atas Honey Butter Biscuit antara 2-3 lapis dengan cepat. Selepas itu sambung bakar sehingga biskut tadi masak.

resipi Honey Butter Biscuit

Tujuannya supaya madu yang dilapis meresap dalam biskut tersebut. Kemudian apabila dah siap jangan lupa sapu lagi satu lapis sos.

Makan ketika panas, memang cukup sedap!

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif
Sumber: zazabutterfly.com, pesona pengantin dan Canva