PAKEJ bufet untuk makan tengah hari memang jarang-jarang orang buat.

Selalunya, pengusaha premis makanan lebih suka offer pakej sedemikian untuk sarapan pagi atau minum petang.

Kalau ada pun tawaran untuk sajian lunch, mesti harga lebih kurang seperti set stimbot iaitu RM30++ ke atas.

Berbeza pula dengan pendekatan yang ditonjolkan pengusaha Sampan Steamboat & Buffet Setapak yang terletak di Kuala Lumpur yang bikin orang ramai teruja.

Mana tidaknya, mereka menawarkan pakej Lunch Buffet dengan hanya RM15 jer.

bufet

Setiap hari, lauk yang disediakan adalah berbeza mengikut susunan menu yang ditetapkan. Cuma menu yang sama untuk sepanjang minggu seperti sup cendawan, aiskrim dan buah-buahan.

Untuk sehari, misalnya lebih kurang empat atau lima jenis masakan disediakan panas-panas kepada pengunjung.

bufet

Antara menu menyelerakan yang ditawarkan seperti ikan berlado, nasi goreng cina, spageti aglio olio, kobis goreng mamak, ayam masak kurma, ikan sambal merah, sayur capcai, nasi goreng cendawan dan mac & cheese.

 

Kalau kena dengan hari bertuah, lauk berbeza ditawarkan termasuklah ayam masak kari, ikan sambal hijau, kobis goreng pecah telur dan nasi goreng kampung.

bufet

Kalau selera anda lebih kepada masakan berkonsepkan stimbot, jangan risau kerana restoran sama turut menyediakan pakej sedemikian dengan lebih 100 pilihan makanan.

Boleh melantak kambing perap sampai puas kerana itu antara menu laku keras disediakan di Sampan Steamboat & Buffet Setapak.

bufet

Bagaimana pula dengan harga untuk pakej stimbot? Nah! Tawaran harga serendah RM17.50 untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas, manakala dewasa pula RM35++.

Baca juga Jom makan stimbot ala korea enak dan mengiurkan. Ini 4 destinasi halal dengan harga berbaloi

Untuk anak kecil berumur lima tahun ke bawah, ia percuma jer.

Untuk servis stimbot, waktu operasi bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari.

bufet

Iklan

Kalau kalian nak tahu, terdapat juga set sampan combo untuk dua hingga empat orang makan.

Paling best, kulinari yang ramai rekomen ialah sotong masak buttermilk, Sampan Shell Out dan aneka seafood.

Baca juga Bufet makan sampai kenyang, ini 8 lokasi steamboat & grill harga mampu milik boleh bawa satu famili

Bukan setakat menu jer yang buat orang wow, dekorasi tempat makan pun memang menarik.

bufet

Ruang makan berbentuk sampan menjadi signatur kedai makan tersebut yang turut mempunyai satu lagi cawangan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Jadi, apa tunggu lagi? Boleh plan dengan adik-beradik dan kawan-kawan untuk datang makan bersama di sana.

Iklan

Kalau ada destinasi lain yang boleh kalian share, boleh kongsikan info ringkas di ruang komen kami.

bufet

Sampan Steamboat & Buffet Setapak
Alamat: No 2, Jalan Seri Rejang 4, Setapak Jaya, Kuala Lumpur
Waktu operasi : 12 tengah hari – 3 petang (bufet tengah hari) dan 12 tengah hari – 11 malam (stimbot)
Facebook: Sampan Steamboat & Buffet Setapak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!