Bukan gelang di tangan, tapi stereng dalam genggaman. Impian besar suri rumah ini buat ramai teruja

No Image Caption
A
A
A

BAYANGKAN kalau suami tersayang bermurah hati payung duit untuk beli perkakas emas yang baharu.

Pasti kita tersenyum lebar sampai ke telinga dibuatnya.

Tak semua wanita bertuah dapat suami yang cukup menghargai, namun konten yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @simanisss23 buat ramai teruja.

Mana tidaknya, wanita yang bernama Nur Syaza Nasaruddin itu berkongsi video pendek dengan kapsyen simple membuatkan ramai tak sabar untuk melihat hasilnya.

Beliau yang merupakan seorang suri rumah mempunyai impian yang besar untuk memiliki kereta walaupun tak memiliki pendapatan sendiri.

Nak dijadikan cerita pada tahun lepas, suaminya memberikan duit sebanyak RM2,000 untuknya supaya membeli emas sebagai hadiah.

No Image Caption

Pun begitu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan duit tersebut membeli kereta terpakai.

Artikel Berkaitan:

“Banyak lagi nak buat tapi takpe slow-slow kita bagi cantik.”

Menariknya, ibu berusia 28 tahun berkenaan sanggup nak make up sendiri kereta kancil menggunakan duit raya sedikit demi sedikit.

Aksesori dalam kereta seperti cover seat dibeli untuk mengubah tempat duduk yang buruk menjadi lebih cantik.

No Image Caption

Apa yang membuatkan ramai salute bila wanita itu pandai membuka sendiri seat kereta berkenaan untuk memastikan cover lebih kemas.

Melihat gaya wanita itu membuka skru seat seperti profesional, rupa-rupanya beliau hanya belajar menerusi video di YouTube.

“First time lepas ordercover seat terus tengok YouTube cara-cara buka dan pasang mungkin sebab video laju, tu nampak pro padahal terkial-kial,” jawabnya.

No Image Caption

Tatkala ditanya kenapa tidak memilih untuk membeli emas, wanita itu menjawab, dirinya mahu menggunakan untuk perkara lebih penting.

“Saya beli sebab kereta ada satu jer. Anak dah start sekolah, kasihan panas bila naik motor kena angkut tiga orang lagi bahaya.

“Kalau beli emas, saya je yang dapat pakai,” tulisnya menjawab soalan netizen.

Tak kurang juga yang setuju dengan pilihan wanita itu memandangkan sudah memiliki gelang tangan.

Pun demikian, wanita itu membalas dengan jawapan:

“Saya beli kereta ni tahun lepas dan dapat gelang tahun ni lepas mak meninggal seminggu sebelum puasa hari tu. Mak saya dah wasiatkan untuk saya.”

Namun begitu, ada juga kata kalau beli emas pada masa itu, mungkin sekarang harganya sudah menjadi RM4,000 sedangkan harga Kancil semakin susut.

Tidak mudah melatah, @simanisss23 mengakui memang emas menguntungkan.

“Saya beli kereta ni tahun lepas sebab nak pakai. Tahun ini ada rezeki ada rezeki sikit saya ada beli cincin emas, duit yang lebih saya cantikkan kereta pula. Doakan saya boleh beli semuanya.”

Terbaiklah! Bijak menggunakan wang untuk keperluan diri dan anak-anak.

Tak perlu beli kereta baharu jika sudah ada pilihan mampu milik tanpa perlu berhutang lama.

Mungkin ramai tak sabar nak lihat hasil sepenuhnya kereta yang dicantikkan menjadi serba baharu satu hari nanti. Chaiyok!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang