BIASANYA kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan gaya Mat Salleh yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar.

Hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain.

Namun, Ayam Brand telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snek dan makan malam.

Jom cuba resipi-resipi yang dicadangkan mereka ini.

 Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan Mentega

 Tambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor.

Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu.

Justeru, gunakan Kacang Panggang Ayam Brand dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit.

Caranya:

  • Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar.
  • Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik.
  • Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata.
  • Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Makan Tengah Hari dengan Pasta bersama Sos Kacang Panggang

 

Kehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.

Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.

Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat.

Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.

Iklan

 

Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang Panggang

 Ubi panggang adalah snek yang enak, tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.

  • Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.
  • Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit.
  • Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayones dan sedikit lada hitam.
  • Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya.
  • Hias dengan potongan daun bawang dan avokado.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Makan malam dengan Kari Sardin Kacang Panggang Bersama Nasi

Iklan

 

Makan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Jom masak menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.

  • Goreng terung dan asingkan.
  •  Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari.
  • Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.
  • Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.
  • Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.
  • Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.
  • Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.

 

Justeru, apa lagi, hujung minggu ni jomlah masak. Mungkin korang ada beli kacang panggang sebelum ini dan tak tahu apa nak buat, idea sajian yang diketengahkan tadi boleh dijadikan panduan. Tak susah pun!

Jangan lupa follow kami di Instagram!