KEMATIAN anak tunggal Elvis Presley, Lisa Marie Presley pada 12 Januari lalu mengundang perhatian ramai pihak.

Hasil autopsi yang dikeluarkan Pasukan Perubatan Los Angeles baru-baru ini mengesahkan personaliti popular Hollywood itu meninggal dunia akibat komplikasi usus kecil tersumbat.

Laporan tersebut menyebut, keadaan yang dialami mendiang merupakan komplikasi yang lazim berlaku kesan daripada pembedahan bariatrik.

Keadaan usus tersumbat kebiasaan akan mengakibatkan parut pada tisu, hernia dan kanser.

Sekiranya tidak dirawat, ia akan menyebabkan tisu usus menjadi mati atau berlubang, sekali gus mengakibatkan maut.

SUMBER foto The Guardian.

Difahamkan, Presley menjalani pembedahan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan beberapa tahun lalu, demikian menurut laporan CNN.

Dalam pada itu, perunding dan profesor di Bahagian Gastroenterologi dan Hepatologi, Mayo Clinic, Dr Michael Camilleri memberitahu CNN bahawa ubat-ubatan yang diambil Presley juga mungkin telah memperlahankan pergerakan usus dan menyebabkan tisu melekat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembedahan bariatrik, SinarPlus telah merujuk beberapa penulisan sahih.

Baca juga: Potong usus: Ini jawapan pakar bariatrik untuk cantik atau sihat

 

bariatrik
SUMBER Sora Shimazaki daripada PEXELS.

Menurut Cleveland Clinic, pembedahan bariatrik atau dipanggil pembedahan penurunan berat badan adalah prosedur yang bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami masalah kegemukan.

Pembedahan tersebut akan dicadangkan kepada pesakit jika kaedah penurunan berat badan yang lain gagal atau masalah obesiti yang dialami menimbulkan risiko yang lebih besar kepada kesihatan pesakit.

“Prosedur pembedahan bariatrik berfungsi dengan mengubah sistem pencernaan untuk mengawal jumlah kalori yang boleh diambil dan diserap badan.

“Ia juga boleh mengurangkan isyarat kelaparan daripada sistem pencernaan ke bahagian otak,” kata Cleveland Clinic.

Baca juga: Mata boleh jadi buta, kaki boleh kena potong angkara kencing manis. Anak muda yang ramai menderita penyakit ini

Baca juga: Pembedahan pintasan perut bukan sekadar untuk kurus semata-mata

BUKAN SOLUSI TOTAL

Tambah laman perubatan tersebut, pembedahan bariatrik akan disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah perubatan melibatkan berat badan. Antaranya:

1. Hyperlipidemia (kolestrol tinggi).
2. Hipertensi (tekanan darah tinggi).
3. Hyperglycemia (paras gula tinggi dalam darah).
4. Diabetes jenis 2.

5. Masalah jantung.
6. Masalah buah pinggang.
7. Apnea tidur.
8. Osteoarthritis (penyakit sendi kronik).
9. Penyakit hati berlemak bukan alkohol.
10. Kanser.

bariatrik
SUMBER Engin Akyurt daripada PEXELS.

Sementara itu, Mayo Clinic berkata, secara amnya, kaedah rawatan obesiti tersebut adalah pilihan kepada mereka yang mempunyai masalah berikut:

1. Mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih.
2. Mempunyai BMI antara 35 hingga 39.9 dan mempunyai risiko kesihatan seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi atau apnea tidur.

Dalam sesetengah keadaan, pembedahan tersebut turut dicadangkan kepada pesakit yang mempunyai BMI 30 hingga 34 jika mengalami masalah kegemukan yang serius.

Pun demikian, Mayo Clinic berkata, prosedur itu bukan solusi sesuai untuk semua orang yang mempunyai berat badan berlebihan.

Iklan
BARIATRIK
SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

“Seseorang yang mahu menjalani prosedur tersebut perlu mengikuti pemeriksaan susulan jangka panjang termasuk pemantauan pemakanan, gaya hidup dan keadaan kesihatan lain,” katanya.

RISIKO

Tambah Mayo Clinic, pembedahan bariatrik melibatkan prosedur major yang berpotensi menyebabkan komplikasi kepada kesihatan pesakit.

Berikut antara risiko yang boleh berlaku akibat pembedahan tersebut. Antaranya:

1. Pendarahan yang berlebihan.
2. Jangkitan.
3. Reaksi terhadap anestesia.
4. Darah beku.
5. Masalah paru-paru atau pernafasan.
6. Kebocoran sistem gastrousus.
7. Kematian (jarang berlaku).

BARIATRIK
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Untuk jangka masa panjang pula, pembedahan pengurangan berat badan tersebut juga boleh mengakibatkan masalah berikut:

1. Usus tersumbat.
2. Sindrom Dumping yang menyebabkan cirit-birit, mual dan muntah.
3. Batu karang hempedu.
4. Angin pasang.
5. Hypoglycemia.
6. Malnutrisi.
7. Ulser.
8. Muntah-muntah.
9. Asid refluks.
10. Keperluan pembedahan kedua.
11. Kematian (jarang berlaku).

Iklan

Baca juga:Batu hempedu: Kurangkan makanan berminyak, berlemak elak masalah cirit-birit

Baca juga: Wanita berisiko dua kali ganda alami batu karang hempedu. Ikuti penjelasan pakar puncanya

Melihat kepada kesan yang boleh dialami pesakit, SinarPlus ingin ingatkan bahawa pembedahan bariatrik bukanlah jalan pintas untuk mengurangkan lebihan berat badan.

BARIATRIK
SUMBER cottonbro studio daripada PEXELS.

Satu lagi, jika anda sememangnya layak melakukan prosedur itu, dapat doktor yang benar-benar bertauliah, bukan sekadar beri harapan sahaja.

Bukan sahaja sebelum, malah selepas pembedahan pun, penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian tinggi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!