Cakoi Mummy Viral pelbagai perisa buatkan sesiapa pun terliur. Kreativiti pengusaha Islam ini tambat hati ramai
BAGI masyarakat Tionghua, kuih cakoi memang tidak asing lagi bagi mereka.
Ada yang suka menikmatinya ketika bersarapan, namun lebih ramai menjadikan kuih berkenaan sebagai menu minum petang.
Menariknya, juadah tersebut mempunyai banyak nama timangan. Antaranya dipanggil sebagai churros Cina, kuih hantu goreng atau patongko.
Tidak kisah di mana sahaja, selain kaum Cina, masyarakat Melayu dan India juga menggemari cakoi. Namun, premis halal yang menjual kudapan itu tidak banyak.
Hasil carian SinarPlus menerusi internet baru-baru ini menemui seorang pengusaha yang menjalankan perniagaan cakoi halal dengan cara tersendiri.
Mohd Ameer Sampau Abdullah, 34, ketika dihubungi berkata, beliau bersyukur Cakoi Mummy Viral yang diusahakan bersama isteri, Derna Abas, 31, mendapat sambutan hangat sehingga menjadi bualan di platform media sosial.
Ujar beliau, percubaan mengetengahkan 12 jenis cakoi pelbagai perisa sangat membuahkan hasil.
Kata bapa kepada dua anak itu, pada Ramadan lalu merupakan momen yang tidak dapat dilupakannya apabila berjaya menjual 100 dulang cakoi.
"Sebenarnya, untuk sampai ke tahap ini bukannya mudah. Masa mula-mula berniaga tahun 2017, kami hanya jual dua jenis cakoi iaitu kosong dan kahwin (mentega dan kaya) sahaja.
"Memang sedih apabila sambutan kurang memberangsangkan, namun saya tidak putus asa dan mencuba mencari kelainan dengan menambah perisa cakoi.
Baca juga Aiskrim gula apong olahan anak jati Sarawak berjaya pikat selera pelanggan Semenanjung Malaysia
"Tidak sangka, dengan pendekatan itu, jualan kami mencanak naik pada Ramadan lalu sehingga ke saat ini. Kebanyakan pelanggan amat menyukai cakoi keju dan hirisan ayam.
"Harga pun masih sama iaitu RM1 untuk cakoi kosong, sementara yang lain cuma dijual pada harga RM2 sahaja,” ujarnya.
Kepada SinarPlus, Mohd Ameer berkata, untuk menghasilkan cakoi yang lembut, garing dan enak memerlukan mereka bekerja keras.
Bekas pekerja restoran itu memberitahu, beliau dan isterinya mempelajari cara membuat cakoi yang sedap daripada seorang pengusaha Cina yang popular di Ipoh, Perak.
"Kemudian saya mengolah resipi halal dan 'eksperimen' ini mengambil masa sebulan lebih. Sebelum ini, pelanggan saya mengadu cakoi saya keras, liat dan berminyak.
Baca juga Gabungan pulut & kopi, resipi istimewa Gula Melaka Latte dua sahabat baik ini wajib dicuba
"Namun akhirnya, saya dapat menghasilkan cakoi yang terbaik. Penat lelah kami berbaloi apabila ramai yang suka. Rata-rata pelanggan yang pernah mencuba sekali, pasti akan datang lagi,” ceritanya yang menyewa premis kedai di Inanam Point, Kota Kinabalu, Sabah.
Cakoi Mummy Viral
- Alamat: Inanam Point, Kota Kinabalu, Sabah
- Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 6 petang
- Menu signatur: Cakoi keju dan chicken flossHarga: Bermula RM1, RM2, RM5 dan RM10
- Facebook: Cakoi Mummy Viral
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menyediakan cakoi yang enak, lembut dan garing ditambah dengan pilihan pelbagai perisa, boleh menarik perhatian orang ramai dengan sekelip mata.
Selain Cakoi Mummy Viral yang terletak di Sabah, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor Bahru juga terdapat lokasi yang menghidangkan cakoi yang lazat serta menjadi tumpuan ramai.
Berikut empat destinasi yang boleh dikunjungi pembaca SinarPlus jika anda secara kebetulan berada di kawasan yang dinyatakan.
RR Cakoi
- Alamat: 101, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru (bersebelahan Restoran Sri Perada)
- Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang
- Kawasan penghantaran: Sekitar Johor Bahru, Gelang Patah dan Skudai
- Menu signatur: Cakoi Nutella, daging lada hitam dan chicken floss
- Harga: Bermula RM3
- Facebook: RR.Cakoi
Baby Cakoi Keju
- Alamat: Batu 7 Sempadan, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor
- Waktu operasi: Bermula jam 2 petang
- Menu signatur: Cakoi keju
- Harga: Bermula RM5 (20 biji)
- Facebook: Baby Cakoi Rizqi
Master Cakoi
- Alamat: House of Cakoi, Bandar Lama Kuala Lipis, Pahang
- Waktu operasi: Bermula jam 8 pagi
- Menu signatur: Cakoi chicken floss
- Harga: Bermula 50 sen (saiz biasa) hingga RM4 (saiz besar)
- Facebook: Master Cakoi
Cakoi Kuah Kacang Warisan
- Alamat: Lot 29111, Kampung Baru, Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan
- Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 5 petang
- Menu signatur: Cakoi kuah kacang dan cakoi keju
- Harga: Bermula RM2
- Facebook: Cakoi Warisan Siti
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang