DUA tahun lalu, pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy membeli rumah sendiri.

Menurut beliau, itu merupakan salah satu aspirasinya untuk memiliki hartanah sendiri sebelum usia mencecah 30 tahun.

Menerusi akaun Instagram, pelakon dan penyanyi itu berkongsi gambar-gambar ruangan dalam kediamannya.

Baca ni Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Baca lagi Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

'Rumah mama paling selamat & disayangi,' Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!Hiasan dan dekorasi ruang tamu serta ruang makan wanita berusia 31 tahun itu tampak begitu cantik dan kemas sekali.

Memang mewah dan sedap mata memandang.

Dalam diam, rupa-rupanya pelakon filem Karak itu punya bakat terpendam.

Baca lagi ‘Habit waktu masak pun lap.’ Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Kediaman yang berkonsepkan moden minimalis itu kelihatan besar dan luas dengan sentuhan rona putih sebagai temanya.

“Saya telah mengubahnya dan rumah itu kelihatan menakjubkan. Bagaimanapun, saya hanya sempat tinggal di sana dua kali sahaja kerana sangat terikat dengan mama.

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

“Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyewakan rumah tersebut. Alhamdulillah, ia diuruskan oleh penyewa yang bertanggungjawab,” dedah pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan itu.

Akui tuan punya badan, kadangkala timbul keinginan untuk tinggal di rumah sendiri, namun kasih sayang dan keselesaan yang dirasai sebelum ini ketika di rumah mamanya, Allahyarhamah Rohana Jalil tidak ternilai.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

“Di sinilah saya dibesarkan dan memiliki banyak kenangan. Malah, saya berasa paling selamat dan disayangi. Setiap sudut rumah mama mengingatkan saya kepadanya.

“Jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, itu adalah hati mama,” ungkapnya penuh makna.

Sekadar makluman, arwah Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil meninggal dunia pada 20 Jun lalu akibat kebocoran usus.

SENTUHAN KREATIF

Iklan

Pada masa sama, Kila turut menunjukkan bakat beliau dalam mengubahsuai ruang dapur mengikut cita rasanya.

“Lihat dua gambar terakhir ruang dalaman asal rumah sebelum saya mengubahsuainya. Ada bakat interior designer tak saya ni,” selorohnya.

Baca lagi Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!

'Rumah mama paling selamat & disayangi,' Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

Dalam hantaran lain, anak kelahiran Kuala Lumpur itu turut menayangkan ruang almari pakaian atau wardrobe hasil sentuhan idea kreatifnya.

'Rumah mama paling selamat & disayangi,' Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!“Berangan nak walk in wardrobe, konon dari bilik tidur utama itu ada pintu tersembunyi untuk masuk mekap dan berjalan ke bilik wardrobe.

Iklan

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

'Rumah mama paling selamat & disayangi,' Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

“Nah tengok, jadi ke tidak?,” ungkap Kila menerusi kapsyennya.

Sumber: Instagram kilafairyofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang