CANTIKNYA rumah Puteri Sarah, nampak luas dan sejuk mata memandang dengan pokok-pokok dekat belakang rumah.”

Demikian antara pujian yang diberikan kepada bekas isteri Syamsul Yusof itu selepas melihat satu video yang dimuat naik satu akaun TikTok Lumier Malaysia PJ.

Dalam video berkenaan, kelihatan ibu kepada sepasang cahaya mata itu membuat tour house kediaman baharunya itu.

Baca ni Sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah, semangat dan tenang. Pengakuan eksklusif Puteri Sarah

puteri sarah 4

Rupa-rupanya pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu memilih kondominium jenis duplex yang cukup menarik dan memberikan ketenangan buat mereka sekeluarga.

KESELESAAN UNTUK ANAK

Ditambah pula dengan pemandangan pokok-pokok menghijau serta pilihan perabot yang simple namun moden. Sesuai dengan jiwa Sarah selain memberikan keselesaan untuk anak-anaknya.

“Tak banyak lagi perabot lagi, nanti Sarah buat lagi,”ungkapnya.

Untuk rekod, sebelum ini empunya diri menafikan bekas mertua yang membelikan sebuah rumah untuknya.

Tuan punya badan menerusi satu live sebelum itu menegaskan rumah yang dibelinya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Baca ni Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…’ Puteri Sarah saman wanita beri kenyataan berbaur fitnah, tuntut ganti rugi RM1 juta

puteri sarah 2

“Kenapa pula bekas mentua nak belikan saya rumah? Mereka sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi.

“Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.

“Siapa yang gosip itu? Tak baik ya, sebab saya penat kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang dan mandi tidak basah,” katanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Perkongsian pelakon drama Suri Hati mengenai kediaman baharunya itu meraih perhatian pengikutnya.

Baca juga ‘Cantik & besar rumah. Alhamdulillah rezeki Makder.’ Video rumah baharu Raissuddin Hamzah dan isteri raih perhatian ramai!

puteri sarah 1

Biarpun tidak sepenuhnya ruang rumah itu ditunjukkan dalam video, namun ramai yang memuji dan kagum dan teruja.

Iklan

‘Alhmdulillah terbaik sarah, hasil usaha keringat sendiri insya-ALLAH berkat Aamiin.’

‘Ada pokok banyak di belakang rumah sejuk la.’

‘Damainya persekitaran. Tak perlu banyak perabot nanti serabut.’

Baca juga ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

puteri sarah

‘Cantik! Sejuk mata memandang.’

‘Cantik dan besar rumah Lady boss.’

Iklan

‘Semoga rezeki Sarah melimpah ruah dan dikurniakan suami yng lebih baik dan soleh…..amin.’

Sumber: TikTok lumier.malaysia.pj

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!