Cantik seperti Kilafairy dengan bahan semula jadi asam jawa

No Image Caption
A
A
A

KEBANYAKAN artis mempunyai wajah yang ‘flawless’ apabila mereka tidak mengenakan mekap. Pasti ramai yang cemburu.

Antara artis yang menggunakan rawatan semula jadi di rumah adalah pelakon dan penyanyi Kilafairy yang mengamalkan sapuan bedak sejuk pada wajah.

Selain bedak sejuk anda juga boleh menggunakan asam jawa dalam petua dan perubatan tradisional khususnya dalam kecantikkan.

Ini antara khasiat asam jawa:

1. Tanggalkan sel kulit mati

Asam jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan asam jawa pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Sambil menunggu ia kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit mati di muka tertanggal. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Cerahkan kulit

Bancuh asam jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhkan asam jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3. Hilangkan jerawat

Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar asam jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk mengasingkan bahan-bahan yang tidak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.

4. Rawat eczema

Ambil sengenggam daun asam jawa (daun sahaja) dan kunyit sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.

5. Menghilangkan selulit

Ambil beberapa ekstrak asam, tambahkan perasan lemon dan gula di dalamnya. Jangan lupa taburkan baking soda dalam ramuan. Gosok kulit dengan sikat yang dicelupkan ke dalam campuran ini.

Sumber: semuanyajdt

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca