SEMUA orang ingin cantik. Bukan sahaja cantik pada wajah dan gaya rambut tetapi kuku tangan dan kaki juga perlu diberi perhatian.

Sinar Plus kongsikan cara mencantikkan kuku dengan menggunakan bahan yang boleh didapati dari dapur rumah sahaja.

1.Bawang putih

Bawang putih banyak khasiatnya terutama dalam masakan. Namun, bawang putih juga boleh digunakan untuk mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan tidak rapuh. Caranya potong bawang putih kepada dua bahagian dan gosokkan bahagian dalam bawang putih itu pada kuku anda. Selain daripada itu, anda juga boleh hancurkan bawang putih dan lumurkan pada kuku. Biarkan selama 15 ke 30 minit.

Setelah itu, bolehlah bersihkan dengan sabun. Amalkan secara rutin untuk mendapatkan hasilnya.

2.Garam

Bagi mendapatkan kuku yang sihat dan cantik, anda juga boleh menggunakan campuran garam, lemon, minyak gandum dan air suam. Campurkan kesemua bahan itu dalam kadar yang mencukupi kemudian gaul rata. Setelah siap, sapukan campuran itu pada kuku dengan urutan yang perlahan.

Biarkan sapuan tadi selama 15 minit agar segala kebaikan dalam campuran itu dapat menyerap ke dalam kuku. Amalkan rutin ini secara berkala untuk mendapatkan kesannya.

3.Madu

Madu sememangnya mempunyai khasiat yang sangat bagus. Hanya sapukan madu pada kuku. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkannya setiap hari untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik.

Iklan

4.Limau nipis

Penggunaan limau nipis ini sangat bagus untuk anda yang mempunyai kuku yang kusam. Caranya, anda hanya perlu rendam kaki di dalam campuran air suam dan limau nipis. Mudah bukan? Hanya rendamkan kaki selama 5 minit dan emudian keringkan kaki dengan menggunakan tuala. Amalkan rutin ini untuk mendapatkan kuku dan sihat bersinar.

5.Minyak zaiton

Iklan

Minyak zaiton pula bagus untuk anda yang mempunyai kulit dan kuku yang kering kerana fungsi minyak zaiton ini mampu melembabkan. Campurkan satu sudu minyak zaiton dengan jus lemon. Kemudian sapukan pada kuku dengan rata. Sambil anda sapu itu boleh juga urut kuku anda itu sekali. Pastinya ia akan memberi kesan yang lebih baik.

Mudahkan bahan-bahan ni. Apa tunggu lagi boleh amalkan sekrang untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik.

PENULIS: SUHAILA ALI