BAGI membangkitkan keceriaan deria rasa anda, Cornetto baru-baru ini memperkenalkan varian baharu, Cornetto Love Rose.

Aiskrim yang berbentuk bunga mawar dengan kon yang rangup itu bakal membuatkan setiap gigitan anda lebih mengujakan.

Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, aiskrim berperisa buah pic yang menyegarkan dan penuh berkrim tersebut turut dilapisi sos coklat pada dasarnya.


“Memandangkan kita akan terus kekal di rumah ketika ini, Cornetto berbesar hati untuk sentiasa menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Kami berharap semua orang akan gembira ketika menikmati pencuci mulut ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah unik sebagai alternatif kepada bunga ros yang sudah menjadi kelaziman,“ katanya yang turut melancarkan Peraduan Instagram Cornetto Love Rose di seluruh negara yang akan bermula dari 14 November hingga 25 Disember depan.


Peraduan Instagram Cornetto Love Rose

Rakyat Malaysia berpeluang mempamerkan kreativiti mereka dengan menghantar gambar melalui Peraduan Instagram Cornetto Love Rose di seluruh negara dari 14 November hingga 25 Disember ini.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM16,000 termasuk hadiah wang tunai dan baucar Touch & Go. Anda hanya perlu melakukan perkara berikut:

1. Hantarkan gambar kreatif anda di Instagram melakukan gaya bentuk hati menggunakan jari ala Korea bersama aiskrim Cornetto Love Rose pada tangan sebelah lagi.

2. Sertakan kapsyen untuk gambar tersebut dengan menjawab soalan, “Bersama siapakah anda ingin berkongsi Cornetto Love Rose?”

3. Tag orang yang anda sayang dan @wallsmalaysia dalam entri penyertaan tersebut.

Iklan

4. Pastikan terdapat tanda pagar #CornettoLoveRose dan #7ElevenMY dalam entri penyertaan untuk memenangi hadiah menarik.

5. Semua entri memerlukan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan.

Iklan

Cadangan harga runcit aiskrim Cornetto Love Rose adalah RM3.50 setiap satu dan boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara.

Aiskrim Cornetto juga boleh dibeli melalui platform e-dagang Lazada dan Shopee serta platform penghantaran makanan PandaMart.

Layari halaman Facebook rasmi Cornetto https://www.facebook.com/CornettoMalaysia/ untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim Cornetto Love Rose yang baharu.