ADUH asyik buang angin je! Sendawa, sakit-sakit badan, sakit kepala.. banyak angin ke badan ni?”

Itulah antara simptom-simptom badan anda banyak angin. Sekiranya anda mengalami gejala ini jom amalkan empat perkara ini untuk buang angin dalam badan anda.

1. Berhenti makan makanan banyak angin

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah berhenti makan makanan yang mengandungi banyak angin atau gas.

Antara makanan yang mempunyai angin ini ialah seperti keledek, nangka, makanan pedas dan berlemak serta air berkarbonat.

Sekiranya anda teringin makan makanan itu, makanlah dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mengelakkan sakit angin ini.

2. Minum air halia

Amalan minum air halia ini amat sinonim untuk membuang angin dalam badan.

Ini sememangnya terbukti kerana halia mengandungi serotonin yang berupaya untuk membuang angin dalam badan secara semula jadi.

Cara penyediaan air halia ini mudah sahaja iaitu potong kecil halia ini dan hiris kecil. Masukkannya ke dalam gelas berisi air suam. Anda boleh campurkan lemon atau madu untuk lebih rasa yang enak.

3. Lakukan senaman

Senaman mampu untuk membuang angin dalam badan. Ini kerana dengan senaman anda akan mengeluarkan peluh dan lakukan rengangan pada otot.

Iklan

Antara senaman mudah yang boleh anda lakukan adalah senaman yoga iaitu Relieving Wind Pose.

Caranya, anda hanya perlu baring dan tarik lutut kanan anda ke arah dada. Tarik dengan kedua belah tangan secara perlahan tetapi lebih mendekati dada. Ulang untuk lutut kiri pula. Ulang langkah ini beberapa kali untuk memudahkan angin pada perut anda dibuang.

4. Makan sup panas

Iklan

Ini cara yang paling mudah untuk buang angin dalam badan. Makan sup panas! Rasa sup yang panas ini mampu menghilangkan rasa lesu badan sekaligus membuang angin dalam badan.

Amalkan empat perkara ini untuk membuang angin dalam badan anda. Bila badan dah kurang angin semakin mudah dan efektif anda untuk melaksanakan tugas harian.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash