SAMBAL belacan pelengkap masakan kampung. Tidak sah rasanya jika menikmati nasi putih tanpa kehadiran hidangan sampingan yang satu ini.

Salah satu yang menjadi kegemaran ramai ialah sambal belacan yang disajikan di restoran tomyam, rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis dan masam.

Resipi sambal belacan ala kedai tomyam yang dikongsi Noor Atika ini tampak enak. Menerima hampir 2,300 ‘share’, sudah ramai warga maya mencuba dan memuji hasil resipinya.

“Stok sambal ini sentiasa ade dalam peti ais. Memang padu kalau makan nasi bujang atau nasi kukus ayam berempah!

“Hari ini saya untuk ‘membeli jiwa’ suami, ala kedai tomyam Kelantan tetapi diolah sesuai dengan selera sendiri,” ujarnya.

Baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

Baca juga: Nak buat sambal belacan padu & sedap? Ikut step mudah ni pasti menjadi

Hanya menggunakan tujuh ramuan, berikut adalah cara penyediaan sajian legend itu:

SAMBAL BELACAN ALA KEDAI TOMYAM

Bahan-bahan

1 labu bawang putih (dibakar)
1 biji bawang merah (dibakar)
2 inci belacan (dibakar, tambah kuantiti untuk lebih sedap)
Segenggam cili api hijau dibuang tangkai)
6 biji limau kasturi (dibuang biji)
Gula Melaka secukupnya (dicairkan & ditapis)
Garam secukupnya

Cara penyediaan

Sukatan air gula Melaka yang perlu dimasukkan sebelum semua bahan dikisar

1-Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar.

Baca juga: 5,800 share, resipi ayam goreng berempah tauke katering serdak rangup enak berperisa, ini sukatan untuk seekor

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

TIP

-Tidak perlu risau sambal akan pahit asalkan kuantiti limau betul.

-Jika anda suka sambal yang masam, picitkan limau selepas sambal dikisar, tidak perlu tambah limau semasa dikisar.

Iklan

-Kepada anda yang sukakan sambal ekstra pedas boleh tukarkan cili api hijau kepada cili api merah.

-Gula Melaka tidak akan menyebabkan rasa manis sebaliknya menyeimbangkan rasa masam dan pedas. Boleh olah sendiri namun jika ala Kelantan mestilah masam manis.

Baca juga: Nak sambal kicap lebih sedap, Raja Permaisuri kongsi tip masukkan belacan. Komen wanita ini jadi perhatian!

Baca juga: 24,000 share, resipi Sambal Tempe Bilis Kacang stok sahur, ratah pun sedap

Iklan

Sumber: Nor Atika

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!