Cara mudah rebus kacang kuda berempah, gerenti sedap 

Cara mudah rebus kacang kuda berempah, gerenti sedap
Cara mudah rebus kacang kuda berempah, gerenti sedap
A
A
A

BILA duduk rumah tak ada  apa nak buat, mulut mesti asyik nak minta mengunyah sahaja.  Lebih-lebih lagi ketika menonton televisyen. Sehingga ada kalanya kita tidak sedar kerepek atau snek habis sebalang ketika menonton televisyen. Betul tak?

Namun hakikatnya itu lebih baik daripada anda keluar merayau dan ingkar dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Selain kerepek dan snek, kacang kuda kukus yang panas memang sedap dimakan buat kudapan.

Tambahan pula kacang kuda juga banyak mengandungi khasiat antaranya mampu meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan penyakit jantung, serta banyak lagi.

Sinar Plus kongsikan cara mudah untuk rebus kacang kuda berempah yang pastinya mampu membuka selera si penggemar makanan tersebut. Caranya mudah sahaja! Ikuti empat langkah ini:

1. Rendam kacang selama lebih kurang empat jam supaya kacang akan kembang dengan cantik.

Cara mudah rebus kacang kuda berempah, gerenti sedap 

2. Rebus hingga empuk bersama garam, sedikit gula dan serbuk kunyit untuk memberikan warna. Letak juga daun pandan.

3. Setelah empuk, barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng.

Cara mudah rebus kacang kuda berempah, gerenti sedap 

4. Semasa goreng letak sedikit minyak, daun kari, bawang merah, biji sawi dan cili kering.

Tip: Jika inginkan rasa pedas, semasa menumis letak cili kisar atau serbuk cili atau serbuk kari. Tumis hingga naik minyak.  Selepas itu gaul sebati, letak gula dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba.

Terima kasih: #chefasma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca