Cath Lab pertama di Malaysia

A
A
A

  • Hospital Pantai Cheras cipta sejarah tawar teknologi canggih itu yang dilengkapi Azurion 20 khusus untuk pesakit jantung dan vaskular

HOSPITAL Pantai Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini mencipta sejarah apabila melancarkan Makmal Katerisasi atau (Catheterization Laboratory (Cath Lab)).

Cath Lab antara lain akan memberi rawatan yang lebih komprehensif kepada pesakit dengan kemampuan diagnosis yang dipertingkatkan termasuk pembedahan intervensi dan invasif minimum khusus untuk prosedur pada vaskular, bukan vaskular, kardiovaskular dan berkaitan dengan saraf.

Dengan erti kata lain, teknologi itu menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti terutama kepada pesakit jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Cheras, Rachel Yew berkata, dengan pelancaran Cath Lab, pihaknya dapat menggabungkan teknik terbaik dan teknologi terkini dengan pasukan perubatan yang berpengalaman.

“Cath Lab baharu kami yang dilengkapi dengan Azurion C20 dirancang untuk membantu doktor dengan mengurangkan masa persiapan dan prosedur. Sistem digital sepenuhnya ini membolehkan mereka merakam dan melihat foto dengan lebih terperinci struktur vaskular pesakit,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Majlis Pelancaran Cath Lab yang diadakan di hospital berkenaan dihadiri oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Azurion 20 antara lain membolehkan masa operasi dijimatkan iaitu sebanyak 17 peratus, selain dapat mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan pendedahan radiasi.

Mengulas lanjut, Rachel berkata, Hospital Pantai Cheras mempunyai  pasukan pakar kardiologi berkemahiran tinggi dan jururawat berpengalaman yang bekerjasama untuk menawarkan penyelesaian perubatan dan hasil rawatan terbaik untuk pesakitnya.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan kardiologi intervensi seperti kateterisasi diagnostik, stenting, balloon angioplasty dan pacemaker implantation,“ katanya lagi.

Dalam pada itu, Kok Wai berkata, Cath Lab yang canggih berkenaan akan memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendapatkan pemeriksaan yang cekap untuk penyakit jantung atau vaskular.

“Saya ingin mendorong semua orang terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga atau berada pada tahap risiko yang lebih tinggi untuk mengamalkan hidup dan diet yang sihat, bersenam secara teratur dan melakukan pemeriksaan perubatan tahunan,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca