Cegah diabetes sebelum terlambat dengan Nutren GlucoSmart. Mudah, hanya campur dan gaul dengan sajian diinginkan

Untitled design (12)
Untitled design (12)
A
A
A

BERDASARKAN Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2019) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kadar prevalens diabates dalam kalangan orang dewasa di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Sementara kes pradiabetes pula melonjak daripada 8.8 peratus pada tahun 2015 kepada 23.6 peratus.

Jika tidak ditangani, ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis-2, sekali gus akan mendekatkan seseorang dengan pelbagai komplikasi kesihatan dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Baca juga Ibu hamil punyai tekanan darah tinggi, diabetes lebih mudah diserang strok

Sehubungan itu, Nestle Health Science memperkenalkan Nutren GlucoSmart yang menyediakan barisan makanan bernutrisi untuk membantu rakyat Malaysia mengawal diabetes dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Eksekutif Hal Ehwal Perubatan dan Pakar Pemakanan di Nestle Health Science Malaysia, Rachel Liu berkata, Nutren GlucoSmart mengandungi ekstrak proprietari daun mulberi yang membantu untuk mengekalkan sajian rendah karbohidrat.

"Produk ini juga memiliki serat dan vitamin D. Anda hanya perlu gaulkan Nutren GlucoSmart dengan sajian tanpa mengubah rasa makanan.

"Keputusan daripada kajian klinikal kami menunjukkan bahawa keberkesanan maksimum dicapai apabila produk ini dicampurkan dalam makanan berbanding diambil berasingan dan sejurus sebelum makan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tersedia dalam bentuk uncang 2 gram, Nutren GlucoSmart dipek berasingan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Rachel menambah, pihaknya juga menawarkan panduan kesihatan kepada rakyat Malaysia untuk mencegah dan mengawal risiko pradiabeste menerusi laman web khas www.nutrendiabetes.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nutren GlucoSmart™, sila kunjungi farmasi berdekatan atau layari https://www.nestlehealthscience.my/GlucoSmart.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca