Cerahkan tangan dan kaki dengan masker DIY

A
A
A

KITA selalu leka dalam penjagaan tangan dan kaki tetapi harus kita sedar bahawa penjagan seluruh badan adalah sangat penting bagi menggelakkan masalah rekahan, kulit kering dan sebagainya.

Muka gelap kerana terdedah pada matahari namun jangan leka bahawa tangan dan kaki juga turut mudah terdedah.

Oleh itu, bagi proses mencerahkan tangan dan kaki boleh cuba gunakan masker homemade ini.

kentang

1. Kentang

Kentang memang sering digunakan sebagai bahan semula jadi untuk merawat kulit wajah karena kandungan anti-penuaan, pencerah, dan kolagen. Anda juga boleh menggunakan kentang untuk menjadikan kulit tangan dan kaki anda lembut, cerah dan tidak berbelang.

Bahan-bahan:

2 – 3 biji kentang

susu

Langkah-langkah:

Rebus kentang sehingga empuk kemudian lenyekkan dan campur dengan susu secukupnya hingga menjadi seperti pes. Gunakan masker kentang ini pada kulit tangan serta kaki anda dan biar sehingga kering selepas itu bilas sehingga bersih kemudian lembabkan tangan anda dengan losyen atau krim tangan.

oatmeal

2. Oatmeal

Oatmeal mempunyai khasiat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit yang kering dan sensitif. Penggunaan oatmeal apabila dicampurkan dengan madu dan minyak zaitun akan memberikan kesan yang lebih lembut kepada kaki anda.

Bahan-bahan:

2 sudu oatmeal yang sudah dihaluskan

1 sudu tepung

½ sudu madu

½ sudu minyak zaitun

Baking soda

Langkah-langkah:

Campurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk besar. Gaul semua bahan sehingga menjadi pes. Sebelum menggunakan masker kaki tersebut, rendam terlebih dahulu kaki anda dalam air suam yang sudah dicampur dengan sedikit baking soda. Scrub terlebih dahulu kaki anda dengan menggunakan foot scrub atau scrub gula yang anda boleh buat sendiri di rumah. Kemudian bersihkan kaki anda dengan air suam. Selepas itu, aplikasi masker oatmeal pada kaki dan telapak kaki. Kemudian biarkan selama 20-30 minit di kaki kemudian basuh sehingga bersih. Jangan lupa selepas itu guna krim kaki.

aloe vera

3. Lidah buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera memiliki zat antrakuinon yang bermanfaat untuk memutihkan warna kulit dengan menghilangkan sel-sel kulit mati.

Bahan:

Isi lidah buaya

Langkah-langkah:

Hancurkan isi lidah buaya dengan blender atau food processor. Sapu pada kaki dan tangan dan biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan kaki anda dengan air.

yougurt

4. Yogurt

Yogurt mempunyai manfaat semula jadi untuk memutihkan kulit kerana mengandungi asid laktik dan sangt bagus dalam mencerahkan kulit kaki dan tangan jika digunakan sebagai masker.

Bahan:

Yogurt secukupnya

Sedikit perahan lemon

Langkah-langkah:

Sapu yogurt yang sudah dicampur dengan titisan perahan lemon pada tangan dan kak dan biarkan selama 15 minit kemudian cuci dengan air suam sehingga bersih.

Nak tangan dan kaki yang cerah, jangan lupa amalkan masker ini di rumah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca